Laman

Thursday, October 29, 2009

Kembalikan Aku...

Ya Allah,
Hanya Kau Yang Maha Tahu akhirku,
Hanya Engkau Yang Maha Tahu hari esok yang akan terjadi,
Hanya Engkau Yang Tahu hadir sujudku setelah ini,
Hanya Engkau Maha Tahu syurga tercipta pasti untukku.

Ya Allah,
Aku ingin mati,
Kerana aku kecewa sebagai hambaMu,
HambaMu yang hina,
HambaMu yang bangga dengan imannya,
Namun lemah menjaganya.
Tapi,
PesanMu jangan lah aku berputus asa,
Kerana rahmatMu tidak terhingga,
Tapi hari-hari yang ku lalui,
Hari-hari kegagalan yang ku tempuhi.
Aku terus gagal,
Gagal untuk bangkit dari masa lalu,
Gagal untuk jihad dalam pentarbiahan ini.
Semangatku semakin pudar,
Lantaran dosa semakin tegar,
Melumut hatiku dengan noda kasar,
Aku makin sukar,
Melalui hari-hari yang kosong,
Hari-hariku kosong Tuhan,

Aku…
Dengan hijab yang ku bangga,
Masih gagal merombak dosa,
Yang terbelit di jasadku yang hina,
Hingga hijabku hilang kuasanya.

Aku!
Terus merintih,
Mohon padaMu agar hilang semua jerih,
Jerih menjaga iman dari runtuh,
Oleh dosa menghimpit utuh!

Aku!
Terbelenggu lagi oleh maksiat dan dosa,
Lantaran hati memilih dunia,
Mengikut nafsu kian gelora,
Sehingga jauh aku dari Keagungan Cinta!
Aku!
Ah!
Berlari mencari kiblahMu,
Berdiri penuh syahdu,
Sujud setulus kalbu,
Menangis tersendu-sendu,
Ya Allah!
Aku hambaMu,
Aku kembali memcariMu,
Setelah sekian kali hanyut dalam tempias nafsu,
Aku!
Gersang seluruh kalbu,
Dari cucuran air ketenangan,
Kerana jauh dari Al-Quran,

Aku!
Wahai Allah,
Seperti Muhammad berkata selalu,
“Demi jiwaku di tangan Mu”
Maka begitu juga aku,
“Demi jiwaku di tanganMu”
Rentaplah tanganku sekuat Kau mahu,
Pegang imanku dengan RahmatMu,
Bawa aku mencariMu kembali,
Agar aku tidak terdorong lagi,
Terlucut jatuh dari peganganMu,
Sehingga sukar untuk bertatih kembali,
Menyusun zikir cinta untukMu,
Merembes air mata tanda taubatku.

Aku!
Wahai Tuhan,
Ujianmu semakin sukar ku fahami,
Semakin bingung aku hadapi,
Semakin tenat aku jiwai,
Sehingga aku menangis sendiri.

Maafkan aku Tuhan,
Pintaku sekian kali,
Bukan ku menempik firmanMu,
Bukan ku bantah perintahMu,
Agar tetap sabar dan sabar dengan ujianMu,
Tapi….
Aku semakin lemas dalam kepiluan ini,
Aku semakin kecewa dengan kekalahan ini,
Aku KALAH TUHAN.

Ya Allah………..
Aku memanggilMu tanpa jemu,
Aku menjerih sedalam kalbu,
Aku merintih berduka nyilu,
Akhirkan semua ini….
Aku…………
Aku……….
Aku……….
Hanya ingin mencari damai,
Hasil imanku kepada Mu,
Damai sebuah hati yang tenang,
Agar cintaku padaMu kembali datang,
Menghanyutkan aku dalam lautan keinsafan,
Membangkitkanku menegakkan syiar Islam,

Tuhan………
Engkaulah penolongku selama kehidupan,
Engkaulah harapanku tidak pernah padam,
Tuhan……….
Rintihanku kabulkanlah,
Aku…….
Semakin sakit dengan kegagalan,
Semakin hanyut dalam nafsu kehidupan,
Aku semakin hina sebagai hambamu Tuhan,
Kerana aku tenggelam dalam kegagalan.

Tuhan,
Izinkan aku kembali lagi,
Dengarlah rintihku dari kedalaman hati,
Berilah aku peluang untuk kembali,
Takdirkan aku hidup dalam cintaMu,
Rahmatkan aku bahagia limpahmu,
Setelah lama aku hanyut dalam sendu,
Untuk melepaskan ingatan masa lalu.

Tuhan,
Matikan aku dalam CintaMu,
Matikan aku dalam sujud kepadaMu,
Matikan aku dalam tangis taubatku,
Matikan aku saatku rindu bertemu denganMu.
Maafkan aku Tuhan,
Sering gagal dalam berjuang,
Membunuh nafsu semakin kuat mencengkam,
Memercik hangat darah-darah kepahlawanan,
Sehingga kering dari wangian pentarbiahan,
Tenggelam dalam nanah nafsu syaitan!

Allah,
Tiada lagi suara memanggilMu,
Hanya hati menjerit pilu,
Kembalikan aku kepada Mu,
Panahi hatiku dengan hidayahmu,
Lepaskan aku dari belenggu nafsu,
Kuatkan imanku memerangi kejahatan,
Yang bersemadi dalam jiwa yang kusam,
Agar mampu aku bangkit kembali,
Membangun ummah yang lentok dalam kejahilan,
Khayal dalam kemaksiatan,
Buta dalam perjuangan Islam…

Kembalikan aku kepada semalam,
Semalam yang menuntutku untuk mati,
Mati dalam kemenangan
Menegakan syiar Islam.
Ya Allah Ya Rahman,
Makbulkan doaku ini,
Aku dizalimi nafsu sendiri,
Aku dicaci oleh imanku sendiri,
Aku semakin hanyut mencari diri,
Diri seorang hambaMu yang sejati,

Ya Allah…..