Laman

Sunday, July 5, 2009

Puing-Puing Berserakan

Dikedaerahan jiwa,
Terungkap satu rindu hamba,
Untuk kembali mencari Yang Esa,
Setelah lama hati menyirna.

Hamba itu mengerti,
Bukan mudah membina keyakinan,
Di atas puing-puing berserakan,
Untuk terus mengenggam cinta ilahi.

Tidak pernah jemu mencari,
Walau hari terus berganti hari,
Dan dosa masih belenggu diri,
Bukan mudah mengusir tabi’i.

Tetapi si hamba yakin pasti,
Sang Tuhan masih menerima diri,
Biar seluas mana dosa menghinggapi,
Sang Tuhan sedia memaafi,
Kerana syurga tercipta menanti,
Untuk si hamba menjejak kaki,
Itu janjiNya pasti.

Si hamba mengorak langkah pengharapan,
Di atas celahan puing-puing berserakan,
Mencari redho Sang Ilahi,
Moga wajahNya mampu membiasi,
Segenap jiwa yang merindui,
Keabadian sejati,
Bersama ALLAH Sang Rabbi.