Laman

Thursday, August 25, 2011

Andai dia ada di antara kita

Andai dia ada di antara kita...
Masihkah mahu berbuat derhaka pada agama?

Andai dia masih di antara kita,
Masihkah mahu membiar anak yatim kesepian di pagi raya?

Andai dia masih di antara kita,
Masihkah mahu di biar peminta sedekah di jalanan.


Seorang wartawan bertanya kepada seorang wanita,

Disebalik purdah yang menutup wajah mulusnya,

Air matanya mengalir tiba-tiba,

saat ditanya 'Apa yang akan kamu minta jika Rasulullah bersama kamu sendirian dalam masa seminit sekarang?'

Dengan sebak tanda rindu pada baginda dia menjawab,

'Saya mahu dia bawa saya keluar dari dunia ini...'


Jika soalan sama diaju kepada ku...


Jawapanku dalam masa seminit itu...


'Rasulullah....'


[Tanpa lekang mataku melihat wajah indah bak purnama tanpa cacat cela,
Melukis di kotak fikiran ukiran senyumnya manis bak kurma,
Tiba-tiba aku menundukkan kepalaku, terasa berat untuk menatapnya lagi...berat kerana bebanan dosa dan bersalah pada baginda...
'Cintaku' padanya entah atas dasar apa nilaiannya jika pesanannya ditinggal dilupa.

'Cintakah' aku padanya jika setiap kali terkenangkannya, hatiku begitu sayu...begitu rindu...begitu ingin bertemu...?

Cintakah aku padanya jika selawat padanya kuraaaaang sekali walau seminggu di hari jumaat..

Adakah itu cinta?

Aku keliru dengan istilah 'cinta' aku padanya.

Aku keliru, makin banyak dosa aku lakukan....'cintaku' padanya tak pernah padam.

Hatiku sakit mendengar mengetahui dirinya dihina,
Hatiku lapang mengetahui seorang muslim di Amerika berjaya menggodam website menghina baginda.

Kenapa aku masih punya perasaan 'cinta' padanya?

Saat aku teringat padanya ketika saat itu juga aku sedang perlakukan dosa...

Aku rasa ingin berlari bersembunyi agar dia tak melihat kejahatanku.]

Saat aku tersedar dan ingin menyapanya kembali....

'Rasulullah....'

Baginda sudah pergi...kerana seminit sudah berlalu.
Perginya kepada umatnya yang lain...

Adakah aku rugi saat seminit yang tak di guna itu?

Apa yang layak aku minta lagi? Sedangkan menatap wajahnya pun aku tak mampu kerana malu.

Mampukah lidahku mengucapkan sesuatu?

Jika seminit itu aku mampu berkata sesuatu... ini rasa hatiku...


'Rasulullah....

Aku tak mahu kau bawa aku pergi dari dunia ini...
Kerana dunia ini engkau juga pernah berada...
Kerana di dunia ini juga engkau pernah merasa yatim piatu sepertiku.


Rasulullah,

betapa sukar dan berat dosa aku,

aku tak mahu kau bawa aku pergi dari dunia ini,
Kerana walau sehari lagi masih tersisa untuk aku membuat amal...
Aku masih lagi ingin hidup di dunia ini...
Kerana hanya di dunia ini saja tempat untuk beramal.

Rasulullah,

bukan tak ingin aku meminta syafaatmu,

kerana syafaatmu untuk mereka yang berdosa,

tapi aku malu....

untuk menatap wajahmu juga aku tak mampu...

apatah lagi untuk lidahku berbiara meminta sesuatu...

Andai boleh...tak ingin aku minta sesuatu darimu...

Aku...hanya ingin melihat wajah dan senyummu seminit ini...

Tapi...

aku hanya hamba yang hina...

syafaatmu penyelamatku di sana...

Bolehkah aku memintanya juga?








No comments: