Ayuh kita melihat klausa pertama matn hadith ini “yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt” pernahkah kita terfikir dari mana datangnya air mata yang bercucuran dari celah-celah kedua-dua bola mata kita? Pernahkah kita terfikir juga tatkala kita menitiskan air mata, kedua-dua belah mata kita akan turut bergandingan mengalirkan kuantiti yang sama? Pernahkah kita terfikir dimana tersimpannya air mata itu? pernahkah juga kita berfikir, mengapa air mata itu tidak jua kering-kering? walau berapa lama, berapa banyak telah kita basahkan baju kita, lelehkan ke pipi kita, namun ia tidak jua kering. Pernahkah terfikir bagaimana air mata itu hadir tatkala kita bersedih atau gembira kesangatan? Pernahkah kita berfikir? Aneh betul kejadian air mata ini.
Pernahkah kita terfikir berapa banyak kuantiti air mata yang tersimpan? Kisah nabi adam yang menangis kerana taubatnya terhadap pelanggaran perintah Allah sehingga berlanjutan 300 tahun, tidak juga kering air matanya sehingga air matanya mengalir di celah-celah jurang Serindip hatta banyaknya air mata yang menitis, menjadi telaga buat minum burung-burung. Pernahkah kita terfikir betapa tajamnya air mata manusia? Sehingga Nabi Yaakub menjadi buta kerana tangisannya yang tidak ingin reda kerana rindunya terhadap Nabi Yusuf. Pernahkah kita terfikir adakah pantas air mata yang esensinya hanyalah molekul-molekul air mampu membutakan mata seorang nabi? Subhanallah!
Pernahkah kita terfikir air mata itu juga adalah makhluk ALLAH, pernahkah kita terfikir walau setitis, kejadiannya bukanlah sia-sia? Sesungguhnya setiap kejadian makhluk di dunia ini tidaklah sia-sia dan tugasnya adalah satu; BERIBADAH KEPADA ALLAH.
Lantas, terlintas di hati, bagaimana air mata itu dapat beribadah kepada Allah? Bagaimana sahabat? Kerana air mata itu hanya akan wujud tatkala manusia menangis. Namun adakah setiap tangisan air mata itu adalah satu kesaksian peribadahannya kepada PenciptaNya? Siapakah yang bertanggungjawab mengalirkan air mata itu? kita bukan? Jadi, zalimkah kita kerana kita telah menafikan kewujudannya dengan tidak menangis?
Lantas, terlintas di hati, bagaimana air mata itu dapat beribadah kepada Allah? Bagaimana sahabat? Kerana air mata itu hanya akan wujud tatkala manusia menangis. Namun adakah setiap tangisan air mata itu adalah satu kesaksian peribadahannya kepada PenciptaNya? Siapakah yang bertanggungjawab mengalirkan air mata itu? kita bukan? Jadi, zalimkah kita kerana kita telah menafikan kewujudannya dengan tidak menangis?
Tetapi, ramai yang menangis dalam kalangan kita, menangis kerana kehilangan orang yang tersayang, menangis kerana cinta tidak berbalas, menangis kerana gagal dalam pelajaran, menangis kerana dibuang kerja, menangis kerana disakiti, menangis kerana menonton filem Hindustan, menangis kerana peserta terkeluar dari program realiti TV. Ada juga mereka yang menangis kerana kepedasan, menangis dianak tirikan, juga menangis dikritik oleh guru, menangis dimarahi ibu dan ayah, menangis kerana takut hantu dan perbagai lagi sebab kita untuk menangis. Jika dihimpun setiap titisan air mata manusia, maka banjirlah bumi ini, tenggelamlah diri mereka sendiri.
Namun, cuba kita fikir, adakah air mata itu telah memperoleh haknya sebagai makhluk Tuhan? cuba kita muhasabah sikap kita terhadap makhluk Allah ini. Ramai manusia menangis, kita juga, namun untuk apa sebenarnya tangisan itu menitis? Kita terlalu banyak menangisi isi dunia, saat air mata itu dihadirkan, namun bukan itu yang ia inginkan. Lupakah kita setiap kejadian makhluk Allah itu adalah untuk beribadah kepada Allah? Lupakah kita bahawa segala makhluk dilangit mahupun dibumi, semuanya bertasbih memuji Allah yang Maha Mulia, bukankah air mata itu juga dalam kalangan makhluk ALLAH? jadi, tanyalah iman kita, apa yang telah kita lakukan terhadap air mata kita, sesungguhnya kita telah menafikan fitrahnya untuk bertasbih kepada Allah, kerana kita semakin kurang menangis, jika kita menangis pun, ia bukan dalam bentuk ibadah.
Apakah hak air mata yang telah dinafikan kita?
Kita imbas kembali senario musabab kehadiran air mata seperti yang diperkatakan sebelum ini. Bergunakah air mata yang menangis atas sebab-sebab itu? benar, tidak salah kita menangis untuk itu, kerana itu fitrah kita, namun dimana fitrah air mata itu sendiri? Lupakah kita. Sudahlah manusia sekarang semakin kurang menangis, kalau menangispun sebabnya sia-sia, tidak juga berbentuk ibadah.
Apakah sebenarnya hak air mata itu?
Satu sahaja….
TITISLAH AIR MATA ITU KERANA ALLAH
Menangislah kita kerana takut siksa Allah yang maha dahsyat. Menangislah kita tanda meratapi dosa-dosa yang lalu, menangislah kita kerana rindu bertemu denganNya, menangislah kita kerana masih jauh dari cintaHya, menangislah kita kerana terus menerus melakukan dosa, menangislah kita kerana kurangnya zikir kita tanda mengingatiNya, menangislah kita kerana kurang membaca wahyuNya, menangislah kita kerana telah mengambil isi al-Quran sebahagiannya, dan menolak sebahgian yang lain, menagislah kita kerana telah mensyirikann\Nya walau tanpa sedar, menangislah kita kerana bergantung kepada makhluk lebih dari bergantung kepadaNya, menangislah kita kerana malu dengan sikap kufur nikmat pemberiannNya. Menangislah kerana kita telah melupai Rasululullah, menangislah kita kerana kurangnya selawat kita dan praktikal sunnahnya, menangislah kerana telah melupai pengorbanan sahabat-sahabat baginda.MENANGISLAH!
Kembali! Menangislah kita kerana taubat kita, menangislah kerana telah mensia-siakan air mata kita dahulu, dahulunya kita menangis tatkala hati kita disakiti, malah semakin sakit hati kita kerana tangisan itu.
Menangislah untuk Allah kerana, betapa banyakpun air mata yang menitis, kamu tidak akan jadi buta, kamu tidak juga sakit hati, kerana air mata yang mengalir kerana Allah tidak akan melukai bola matamu, tidak akan mengeluarkan tangisan darah. Sebaliknya kamu akan menjadi tenang setenangnya, seperti kamu ingin terus menangis selamanya sebagai kesaksian perhambaanmu kepadaNya. Andai matamu buta kerana tangisan seperti itu, sesungguhnya ia akan menjadi saksi diatas shahadahmu kepada Allah!
Menangislah dikala manusia nyenyak tidur di malam hari, menangislah disaat dingin pagi menusuk ke tulang sulbi, menangislah saat itu, kerana saat itu ALLAH TERSANGAT DEKAT DENGANMU. Menangislah dalam sujudmu,menangislah kerana Allah kerana itu tanda kelembutan hati, tanda iman masih merapati, tanda ALLAH MASIH MENYAYANGI, tanda fitrah kita yang dirindui.
MENANGISLAH KITA! KEMBALIKAN HAK AIR MATA ITU.
No comments:
Post a Comment