Laman

Saturday, April 4, 2009

Duhai!


Ummu Ma’ad menceritakan tentang sosok Rasulullah:

Dia adalah seorang pria yang mukanya bersinar dan ramah. Akhlaknya mulia. Tubuhnya sedang dan wajahnya terang. Kedua matanya hitam. Bulu alis dan rambut matanya lebat. SUARANYA AGAK SERAK. Matanya bagus, bulu matanya lentik, warnanya sangat hitam seperti dicelak. Rambutnya hitam pekat. Lehernya panjang. Janggutnya lebat. Jika diam, ia tenang. Jika berbicara, tangan dan kepalanya ikut bergerak. Aura wibawanya pun keluar. Seolah-olah perkataanya bagaikan manik-manik yang disusun rapi untuk digulirkan . ia berkata dengan singkat dan padat, tanpa ada pun sedikit yang sia-sia. Dari kejauhan, ia tampak sangat tampan, sedangkan dari dekat, dia tampak lebih manis dan sempurna. Perawakannya sedang. Tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek, raut wajahnya tidak masam dan tidak ketuaan.*


Duhai
Duhai susuk yang sempurna,
Duhai hati yang suci dari noda,
Duhai senyum manis bak kurma,
Duhai Kekasih.
Bagaimana dapatku khabarkan rinduku padamu,
Tidak pernah berbicara mahupun bersua muka,
bagaimana dapatku khabar ukiran cintaku padamu,
Sedang aku hanya mengenali sirahmu
Duhai Jiwa yang Mulia…
Engkau Cinta sukmaku,
Rinduku untuk bertemu,
Rinduku untuk menatap wajahmu bak purnama,
Duhai!
Beruntunglah mereka yang bersamamu,
Duhai!
Indah mencintaimu walau kita tidak pernah ketemu.
Duhai!
Wanita terpilih disisimu
Beruntunglah diri mereka
Duhai Kekasih,
Mahukah engkau melamarku menjadi bidadari syurgaMu?
Biar takdir tidak menemukan kita di dunia,
Andai mimpi tentangmu juga tidak kunjung tiba,
Namun,
di sana, di kebun cinta, di atas permaidani hijau kita
Di batasan hiliran sungai-sungai laban, madu dan khamr
Mahukah engkau bertemu denganku,
Aku akan menantimu disana bersama piala cinta,
Bersama buah-buahan rindu.
Duhai!
Tergoda aku di dunia dengan qudwahmu,
Terbuai aku dengan tuturmu
Duhai!Khadijah, Aisyah, Ummu Khaltum, Mariatul Qibtiyyah,
Cemburu hatiku pada kalian,
Kalian bersamanya bertahun meniti masa,
Bermadu kasih bersama,
Senyum mengikat cinta.
Sedangkan diriku hanya mampu menyelusuri sebuah cerita,
Relakah kalian menerimaku sebagai bidadari syurganya?
Izinkah kalian jika Baginda bertemu denganku di batasan sungai syurga?
Bermozakan kicauan burung hijau yang merdu.
Berlatarkan zahrah mewangi,
Duhai! Jiwa yang ku rindui
Saat engkau terpandangku nanti,
Adakah engkau akan mengenaliku?
Adakah engkau akan berjanji untuk bertemu denganku?
Adakah engkau akan memimpin tanganku melewati kebun-kebun syurga?
Mahukah engkau memetik kuntum RAIHAN untuk diselitkan ke telingaku?
Mahukah engkau mendengar lantunan puisi cintaku?
Duhai! Mabuk hatiku
Duhai!
Jiwa yang ku rindui jua cintai masih saat ini,
Tunggu aku di pintu Firdausi.
Kerana aku membawa lembaran puisi cinta untukmu.

*Ummu Ma’ad didatangi oleh Rasulullah yang ketika itu dalam perjalanan hijrah getirnya bersama Abu Bakr dan dua orang lagi sahabat. Usia sahaja Rasulullah beredar, Ummu Ma’ad didatangi suaminya, dan dia menceritakan sosok lelaki yang paling sempurna antara sahabat-sahabatnya, DIALAH UTUSAN ALLAH YANG BENAR!
Maafkan kami Rasulullah. Kami mengetahui kamu tidak suka disanjung-sanjung dan dipuji. Kamu hanya ingin dikenali sebagai Rasulullah dan Hamba Allah, kerana itulah pilihanmu. Namun, hanya kata-kata juga selain selawat keatasmu yang mampu mengubat rindu kami kepadaMu. Oleh itu, terimalah lagu hati kami. Bukan niat kami ingin ingkar suruhanMu, namun rasa cinta kami yang tidak pernah ketemu denganmu mahupun dalam mimpi membuak-buak menggerakkan hati kami untuk terus memujimu. terimalah kami sebagai ummatMu, syafaatkanlah kami dihari yang tiada lagi amal boleh dilakukan melainkan dihisab sejujurnya oleh Pemilik A'rasy. Maafkanlah kami wahai Kekasih Allah. Cinta kami kepadamu masih jua belum sempurna, terus kami malu walau rindu untuk bertemu denganmu lantaran masih banyak sunnahmu yang tidak kami ikuti. Maafkanlah kami.

No comments: