Laman

Friday, January 22, 2010

Kadangkala...

Pagi ini mata tersangat berat,
namun saat itu juga tanggungjawab tak pernah kurang,

Kadangkala,

ingin sahaja menutup telinga dengan bantal,
aku ingin berehat sebentar,
namun kata Iman,
Bangkit, rehatmu sudah panjang, masa untuk berjuang.

Kadangkala,

Ingin sahaja kaki ini berhenti melangkah,
penat kuliyyah seharian belum jua hilang,
namun kata Iman,
Usrah!Usrah! segarkan iman!

Kadangkala,

Ingin sahaja berlama merenung bulan,
agar hilang sedikit kekalutan,
namun kata Iman,
Cukup! Tugasan dakwah belum lagi diuruskan.


Kadangkala,

Ingin MC dari Ta'lim, Usrah dan Daurah,
Kerana tuntutan dakwah melebihi kudrah,
Namun kata Iman,
Mesti kuat, umat perlu diselamatkan.


Kadangkala,

hati ini banyak merungut dari muhasabah,
tuntutan semakin payah, jihad semakin lemah,
namun kata Iman,
Sabar, Ini sunnah berjuang.


Kdangkala,

Mata ini berpinar mentafsir keadaan,
Memahami antara tujuan dan rintangan,
namun kata Iman,
Aku tidak hanya hidup di hati, tapi juga perbuatan.


Itulah...

kadangkala...

Namun,

Kadangkala itu harus pergi, jangan biar selalu kembali,
Teruskan hidup menjulang misi nabi,
Kerana Rasulullah sentiasa menemani,
dalam sunnahnya yang masih diwarisi.


..............

Monolog budak QYC.
Library, 6.19pm
22/01/10

No comments: