Laman

Wednesday, September 29, 2010

Gurindam Mustika

1

“Mana ayah?” Tanya Mustika, matanya meliar melihat sekeliling tebing sungai. Orang kampung lelaki menjerit-jerit mengarah sana sini, berwajah gusar, kanak-kanak sibuk menjenguk-jenguk dari tebing sungai, wanita-wanita berbisik-bisik sesama mereka berkelompok sambil mengendong anak di bawah pokok berangan.

“Mana ayah Mus, pak cik?” Tanya Mustika lagi kepada seorang pakcik, Pak Cik Bakar, kawan sekampung ayah yang paling rapat. Pak Cik Bakar berkain pelekat dengan baju pagoda putihnya yang agak lusuh memandang ke mata Mustika yang penuh tanda tanya, penuh debar. Anak ini, apa lagi akan diujinya. Getus hati Pak Cik Bakar sayu.

“Mus, duduk dulu, ayah kamu… jangan risau mereka tengah cari dia sekarang. Kamu duduk dulu bawah pokok sana.” Pak Cik Abu cuba menenangkan Mustika. Hatinya juga tidak tenang sebenarnya, sudah 2 jam kawan rapatnya hilang dihanyut arus deras, masih tak jumpa lagi. Sekarang, jam sudah hampir 6 petang. Tadi, sewaktu dia terserempak dengan Ayah Mustika di sini yang berkeras nak pergi menahan pukat, nak cari ikan Lapan Merah.

“Aku nak cari ikan, Mustika suka sangat makan kalau bakar tawar cicah dengan budu waktu hujan begini.” Jerit Pak Cik Halim dari atas perahu kepada Pak Cik Bakar yang berdiri di hujung tebing petang tadi.

“Kau tengok langit sikit Lim, hujan lebat nanti, bahaya! Perahu kau tu bergolek! Air sungai banyak.” Jerit Pak Abu tidak senang dengan tindakan kawannya. Dia memandang langit, awan hitam, pasti hujan lebat nanti.

“Kau balik lah, kau itu lelah, nanti kena hujan, tak pasal-pasal masuk hospital. Aku nak pergi tahan pukat kat lubuk sana saja, lepas itu aku balik. Si Mustika kejap lagi balik dari kelas petangnya.” Jerit Pak Cik Halim lagi sambil mula mengayuh perahu menjauh dari tebing.

“Bakar!” Jerit Pak Cik Halim.

“Kalau terjadi apa-apa pada aku, tolong jaga si Mustika!” Jerit Pak Cik Halim. Pak Cik Abu terkedu tiba-tiba. Lim…

“Bakar!” Jerit Pak Cik Halim lagi, dia berhenti mengayuh, menanti balas dari Pak Cik Abu.

“Ya, aku akan jaga si Mustika! Kau jangan risau, nanti lekas pulang!” Jerit Pak Cik Abu dari atas tebing. Pak Cik Halim tersenyum lalu meneruskan kayuhannya.

“Pak Cik, mana ayah Mus…” Rengek Mustika lagi sambil menggoyang-goyang tangan Pak Cik Abu. Pak Cik Abu lantas memeluk Mustika. Satu-satunya anak gadis Halim ini baru berumur 10 tahun. Hanya setelah 10 tahun Halim mendirikan rumah tangga barulah dia dikurniakan zuriat. Malangnya, isterinya, Zurinah, meninggal setahun kemudian kerana penyakit asthmanya. Tinggallah mereka berdua di rumah kecil diatas seekar tanah peninggalan pusaka orang tuanya.

Pak Cik Bakar mengeratkan pelukan terhadap Mustika yang mula menangis teresak-esak. Lim, aku akan jaga si Mustika macam anak aku. Getus hatinya, seperti saat itu perlu redo terhadap kemungkinan yang dia takuti.

“Dah jumpa!” Jerit orang kampung. Mustika melepaskan pelukan dan berlari ke arah orang kampung yang naik dari sungai.
“Ayah!!!” Jerit Mustika.
……………

“Kenapa, Mus?” Tanya Pak Cik Halim melihat anaknya yang bertempiaran lari kearahnya yang sedang mencangkul tanah untuk dibuat batas ubi di kawasan lapang tanah rizab kerajaan berdekatan dengan sungai.

“Kerbau kejar Mus!!!” Beritahu Mustika sambil menyerbu kearah ayahnya sehingga terjatuh cangkul yang dipegang Pak Ci Halim.

“Kenapa kerbau kejar, Mus?” Tanya Pak Cik Halim sambil mengusap belakang anak perempuan kesayangannya. Dia melihat kerbau yang cuba masuk ke dalam kebunnya yang berpagar dengan batang-batang buluh.

“Mus pakai baju merah, kawan dah cakap jangan pakai kalau datang sini. Kerbau banyak, Mus lupa.” Beritahu Mustika. Pak Cik Halim tersenyum sambil melepaskan pelukan anaknya, membetulkan rambut ikal mayang anaknya yang berjurai ke dahi.

“Tak adalah, Mus. Kerbau itu suka Mus agaknya. Hari ni anak ayah nampak cantik. Ayah tengok kerbau itu jantan. Tengok itu, asyik jeling-jeling kat Mus.” Gurau Pak Cik Halim. Mustika merengek.

“Ayah ni…” Rengek Mustika.

“Itulah, siapa suruh pergi main tempat kerbau mandi. Tadi janji nak ikut tolong ayah. Alih-alih jumpa si Sarah terus hilang. Itu padahnya tak tepati janji. Nah, sekarang ambil baldi ni, isi air kat perigi. Hati-hati.” Arah Pak Cik Halim. Dia melihat anaknya mengambil baldi menuju ke perigi yang hanya sedalam 1 meter. Perigi yangdigunakan untuk menyiram tanamannya. Dia memandang kearah hasil tanamannya, ada beberapa jalur pakong jagung yang sudah mula keluar bunga, ada ditanam tembikai yang bergolek atas tanah, ada beberapa para-para ubi keledek dan ubi badak. Hasilnya nanti hendak dijual, untungnya nanti diguna untuk belikan pakaian dan alatan sekolah Mustika. Untuknya pula, cukuplah diganti baju kemeja kelabunya yang sudah mula tercabut butang dan carik dibawah ketiak. Selebihnya untuk kegunaan harian mereka berdua.
………….

“Nah, dah siap Inah jahitkan baju abang ni. Hai, masam sangat agaknya ketiak abang sampai boleh carik bajunya.” Gurau Zurinah sambil menghulurkan baju kemeja biru kepada suaminya yang leka menjahit jalanya yang carik gara-gara tersangkut dengan kayu buruk sewaktu menjala ikan di sungai tempoh hari. Pak Cik Halim tersengih mendengar gurauan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan anak pertama mereka. Bukan kepalang gembira hati mereka setelah menunggu 10 tahun, baru saat itu mereka dikurniakan zuriat. Harap semuanya selamat nanti, baik bayi dalam kandungan mahupun isterinya.

“Masam sebab keringat bekerja untuk Inah dan anak kita nanti, tak apa kan kalau carik selalu dan Inah jahitkan?” Duga Pak Cik Halim kepada isterinya. Inah, dinikahi saat wanita itu berusia 16 tahun, manis orangnya, tinggi, ada tahi lalat kecil di pipi kanannya. Waktu itu usianya beru menginjak 20 tahun. Kerjanya menoreh getah sebelah pagi dan turun ke bendang menuai padi. Padi orang, keluarganya miskin, mengharap kerja dibendang ornag sahaja. Kata arwah ayahnya, lebih baik kita terus bekerja walau gajinya alangkah tak seberapa daripada kita mengemis meminta sedekah. Lagipun waktu itu semua orang miskin, hanya beberapa keluarga yang agak berduit seperti Haji Kasim mempunyai berekar tanah bendang dan kebun ketah. Kebanyakan penduduk kampung bekerja dengannya. Orangnya baik, tidak berlagak, kalau terdesak ayahnya akan pergi berhutang beras dengannya, hutang dibayar perlahan dengan dipotong sikit- sikit gaji ambil upah usahakan bendang Haji Kasim. Namun sebolehnya ayahnya akan mengelak untuk berhutang. Katanya jika sesuatu terjadi kepadanya, dia tidak mahu emak dan anak-anak menanggung beban hutang. Hidup mereka susah dan entah berapa tahun lagi akan senang melihat anak selama 8 orang yan masih kecil untuk diberi tanggungan.

bersambung

No comments: