Disebalik perkahwinan Rasulullah berkahwin ramai sehingga riwayat menyatakan sebelas tetapi ummatnya hanya dibenarkan berkahwin 4. Namun, sesudah diteliti ilmu dari buku dan pengajian, aku memahami bahawa tindakan baginda itu bukan atas dasar nafsu kerana seiap tindakan baginda berada dibawah perintah Allah. Baginda tidak akan melakukan sesuatu kecuali mendapat perintah Allah. Begitu juga hal perkahwinan baginda yang ramai.
Perlu kita ingat, segala yang ada pada diri rasulullah sangat sempurna untuk diangkat menjadi suri teladan dalam kehidupan kita walaupun baginda sudah wafat 1418 tahun lalu. Jika kita telusuri status wanita yang dikahwini baginda berbeza-beza. Baginda pernah berkahwin dengan Khadijah, seorang usahawati yang sangat berjaya dalam kalangan kaumnya dan beliau juga seorang janda. Setelah itu baginda berkahwin pula dengan aisyah, seorang gadis yang masih budak lagi, baginda juga pernah berkahwin dengan hamba seperti Maryatul Qibtiyyah dari Mesir dan pernah mengahwini tahanan perang seperti Sufiyyah.
Kalau baginda berkahwin hanya kerana nafsu, pasti nafsu baginda akan mendorongnya untuk membolot segala harta kekayaan Khadijah, tetapi baginda masih hidup sederhana bahkan setelah baginda diangkat menjadi rasulullah, segala harta khadijah diinfakan kepada dakwah islam. Jika pula baginda mengahwini aisyah yang masih budak kerana menurut nafsunya pasti aisyah sudah dibawa tinggal bersamanya setelah kahwin tetapi ada riwayat menyatakan bahawa aisyah masih tinggal bersama ibu bapanya setelah 2 tahun berkahwin dengan baginda. Baginda juga tidak layak dituduh berkahwin kerana menurut nafsunya jika bagnda menikahi sahaya, kerana hamba pada zaman itu tidak layak untuk dibuat isteri, mereka hanyalah semata-mata hamba abdi kepada tuannya, selagi mereka tidak dimerdekakan, mereka tetap milik tuan mereka.
Selain itu, perkahwinan baginda dengan khadijah juga bukan dimulai oleh baginda. Khadijah yang terlebih dahulu menyuruh Maisarah bertanyakan baginda bukan sebaliknya kerana baginda sedar baginda miskin. Jika perkahwinannya didasari nafus semata-mata pasti baginda sudah lama mengeksploitasi cinta khadijah untuk menghabiskan hartanya dan keluar berfoya-foya dengan pelacur diluar. Tetapi baginda hanya mencintai khadijah sehingga baginda terus menyebut-nyebut namanya walaupun khadijah sudah lama meninggal.
Jika nafsu menjadi dasar perkahwinan baginda, mengapa baginda memilih unutk berkahwin dengan janda? Kenapa tidak dengan anak dara yang merdeka sedangkan baginda seorang nabi dan ketua ummat islam? tambahan lagi baginda seorang yang cantik, pasti setiap gadis mahu menjadi isterinya. Tetapi seperti yang kita tahu itu bukan kemahuannya, baginda hanya menikahi aisyah yang masih dara selama kehidupannya kebanyakannya janda.
Manusia yang berfikir bahawa baginda berkahwin atas dasar nafsu, dakwaan itu tidak didasari oleh penelitian terhadap sejarah baginda sebaliknya dakwaan itu sendiri berpaksikan kebencian terhadap Rasulullah. Tambahan lagi, jika baginda berkahwin kerana nafsu, kenapa saja tidak baginda ceraikan isteri-isterinya yang janda dan menikahi si dara yang masih perawan? Jika kalian seorang lelaki yang bernafsu, mahukah kalian menikah dengan janda sedangkan didepan mata kalian masih ramai lagi yang masih muda remaja. Perkahwinan baginda dengan janda tidak mengurangkan sedikitpun ketinggian darjat dan kehormatannya sebagai Rasulullah bahkan tindakannya dihormati oleh sahabat dan kita kerana kita yaqin, tidak ada seorang nabipun yang berkahwin atas dasar nafsu semata-mata apatah lagi baginda, satu-satunya makhluk yang paling dekat dengan Allah.
Banyak hikmah baginda berkahwin dengan wanita dalam kalangan yang pelbagai status. Semua itu memberi satu didikan kepada ummat agar segala yang dilakukan bukan atas dasar nafsu yang bercabang tidak menentu itu.
Nabi berkahwin dengan khadijah seorang janda, maksudnya janda itu masih layak dikahwini dan statusnya sebagai janda tidak harus dijadikan sebagai sempadan untuk menidakan fitrah mereka sebagai wanita seperti yang terus terjadi dalam agama hindu, bahawa seorang balu tidak kira sudah bercerai atau kematian isteri, tidak boleh berkahwin lagi dan mereka juga diwajibkan memakai sari putih tanda mereka sudah menjadi balu; balu yang teraniaya. Dengan tindakan baginda,nasib kaum janda terbela.
Nabi juga berkahwin dengan dara, sesuatu yang norma dalam kehidupan manusia untuk mengahwini gadis yang masih sunti. Tetapi perlu dingat bahawa aisyah masih lagi budak ketika dikahwini, maksudnya, perkahwinan itu dibolehkan ketika perempuan itu masih budak. Namun reality sekarang, jika ia dilakukan , seperti satu tindakan yang salah kerana mereka berpendapat nasib kanak-kanak akan teraniaya seperti mengeksploitasi kanak-kanak tambahan lagi kebanyakan negara mengharamkan pernikahan di bawah umur termasuk Malaysia kecuali di sesetengah tempat di India ynag masih berpegang pada adat tradisi yang mengahwinkan anak mereka ketika masih lagi kanak-kanak. Tetapi, apa bezanya perkahwinan Rasulullah dengan aisyah dan perkahwinan nenek moyang kita dulu-dulu yang berkahwin ketika masih lagi belasan tahun? Tapi mereka masih lagi mmapu meneruskan kehidupan bahkan dikurniakan anak-pinak keliling pinggang. Kita sekarang terus ragu dengan tindakan rasulullah sehingga ia mempengaruhi pemilikiran kita bahawa hanya lelaki yang mencapai umur 40 tahun baru digalakan kahwin ataupun setelah memperoleh pekerjaan yang bergaji lumayan, ragu jika rezeki tidak diperutukan untuk kita. Kita cuma terbiasa dengan serangan fikiran barat dan cara hidup mereka yang melihat perkahwinan itu bukan satu elemen yang penting dalam bermasyarakat dan menganggap perkahwinan itu menjadi penghalang kepada kebebabasan wanita.
Selain itu, rasulullah juga menyarankan agar memilih anak dara untuk dikahwini berbanding janda, jika melihat situasi sekarang, sangat bertepatan sekali ucapan baginda . jika baginda menyuruh untuk memilih janda, makin ramai andartu diluar sana dan mungkin masalah social seperti zina akan lebih meningkat. Adil bukan?
Nabi juga mengahwini sahaya, ini menunaikan status dan tingkat kelas seseorang bukan penghalang. Tidak bererti hamba tidak boleh kahwin dengan orang merdeka. Dalam islam, miskin tidak bermakna seseorang tidak boleh kahwin dan tidak pula bererti seseorang tidak boleh kahwin dengan orang yang lebih kaya seperti cerita-cerita P.Ramlee dalam ‘Ibu Mertuaku’.
Akhir sekali, selama baginda bersama khadijah, isterinya juga membantu dari segi kewangan kerana beliau seorang wanita yang kaya disamping rasulullah bekerja. Dalam hal ini, isteri dibolehkan bekerja dan menggunakan gajinya untuk menampung kewangan rumah tangga bersama suami tanpa memberi alasan bahawa dalam islam, gaji isteri tidak wajib unutk dikongsi. Itulah pentingnya memilih pasangan yang sama-sama memahami hakikat sebuah rumah tangga.
Tulisan ini bersumberkan dari kefahaman saya selama pengajian saya dan pembacaan bahan-bahan agama serta observation tentang perihal masyarakt dunia sekarang. Anda mungkin tidak bersetuju, jika ada sebarang idea yang bercangkahan dengan AL-Quran dan Sunnah, jika kalian dapat kenal pasti, mohon beritahu saya. Khuatir jika yang terbaca, absorb membabi buta tanpa usul periksa, akidah terpesong entah kemana, saya juga yang dapat sahamnya.
-Wallahua’lam-
No comments:
Post a Comment