Laman

Wednesday, June 10, 2009

Seperti Rasulullah bukan orang Arab!

Maksud saya, setiap kali kita mendengar, membaca dan jua menghayati sirah baginda yang terpuji, pernahkah kita rasa Rasulullah bukan orang Arab? Rasulullah bukan milik orang Arab. Jika kita membaca kisah orang-orang Arab, Al-Banna, al-Qutb dan lain-lain, kita boleh merasakan bahawa mereka orang Arab, bukan orang ajam. Tapi, bila kita berbicara tentnag segenap perihal kehidupan Rasulullah, tidak pernah kita merasakan bahawa baginda seorang Arab yang milik orang Arab sahaja, bahkan kita merasakan baginda juga seperti sebahagian dalam kalangan bangsa kita. Kerana itu, kita merasa dekat dengan baginda. Kita tidak merasakan baginda seorang yang asing setiap kali kita mendengar tentang beliau.

Itulah keberkahan, “Wama arsalna ka illa RAHMATAN LILA’LAMIIN!” Benarlah kata-kata Tuhan kita.

Maka kita tidak perlu cemburu kerana Rasululllah S.A.W bukan keturunan Melayu mahupun keturunan selain bangsa Arab, kerana nikmat mengenali dan merasai kehadiran baginda dalam kehidupan kita sudah cukup memuaskan keimanan kita terhadap baginda, mungkin segolongan bangsa Arab tidak ambil pusing pun tentang baginda. Jadi, sesiapa yang dapat merasai kehadiran baginda dalam hatinya, mereka itu lebih baik dari orang Arab, orang Mekkah mahupun Madinah yang segolongannya tidak menghiraukan baginda.
-Wallahua'lam-

No comments: