Jangan ditangisi isi surat ini,
Aku harus meninggalkanmu,
Kerana aku bukan hakmu,
Jangan ditangisi kemungkiran janji,
Janji manusia tidak pasti dipenuhi,
Semalam aku menjanji bahagia kepadamu,
Tapi hari ini aku mencarik janji sendiri.
Aku harus meninggalkanmu,
Kerana aku bukan hakmu,
Jangan ditangisi kemungkiran janji,
Janji manusia tidak pasti dipenuhi,
Semalam aku menjanji bahagia kepadamu,
Tapi hari ini aku mencarik janji sendiri.
Jangan biarkan hatimu terluka,
Bukan aku jua penawarnya,
Jangan menaruh dendam terhadapku,
Kerana aku bukan mengkhianatimu,
Aku hanya perlukan masa,
Biarkan aku mengembara dalam zamanku ini,
Entah bila sudahnya aku tidak tahu,
Apa yang aku tahu,
Semakin jauh aku mendekatimu,
Semakin mudah untuk Allah mendekatiku,
Semakin mudah untuk hatiku memberi kepadaNya.
Janganlah kau berdengki denganNya,
Dia bukan musuh cinta kita,
Dia bukan penghalang kita,
Dia yang menciptakan rasa cinta di hati,
Dia juga berhak menentukan hak syariahNya sendiri.
Aku juga tidak lagi membantah kemahuanNya,
Tidak lagi aku turut nafsu di hati,
Jangan ditangisi pengakhiran ini,
Benar aku penat dengan cintaMu,
Kerana aku sedar,
Cintaku bersandar bahagia yang palsu,
Aku semakin penat menipu dirimu,
Sedangkan aku juga tahu ini bukan keinginanku.
Oleh itu aku undurkan diri biar menyakiti,
Aku bersedia untuk melukaimu,
Demi kebahagian hatiku.
Aku tidak mampu membohongi gertak imanku.
Aku ingin mencariNya kembali,
Sudah jauh aku meninggalkanNya,
Aku ingin kembali mengenaliNya,
Aku ingin merasa keberadaanNya di hatiku,
Aku ingin sujudku dekat padaNya,
Aku ingin khusyukku sampai kepadaNya,
Aku ingin zikirku membahagiakanNya,
Aku ingin mendalami asmaul husnaNya.
Jangan ditangisi,
Jika tidak, entah atas dasar apa lagi harus aku menerimamu,
Seperti kata Imam Nawawi:
Aku mencintaimu kerana Iman didadamu, jika ia hilang darimu, maka hilang juga cintaku padamu.
Itulah juga pendirianku terhadapmu.
Itu dasar cintaku.
No comments:
Post a Comment