Laman

Thursday, November 5, 2009

Puisi itu adalah Hatiku

Puisi itu adalah hatiku,
luahan hati yang sukar di mengerti,
aku terasing dalam dunia sendiri,
mencari hakikat sebuah bahagia sejati.
Puisi itu adalah hatiku,
yang ku ukir dengan tangisku di malam hari,
merindu dia yang tidak mungkin kembali,
hanya menanti bertemu di syurga abadi.
Puisi itu adalah hatiku,
yang ku karang kerana cinta,
kepada Allah yang setia,
mengampun hambanya yang penuh dosa hina.
Puisi itu adalah hatiku,
yang ku cipta di kala sepi,
merindu cinta yang belum pasti,
terlerai atau terpatri di kemudian hari.
Puisi itu adalah hatiku,
mencari-cari erti hakiki,
sebagai hambaNya yang di Redoi,
dlaam hidup berpaksi ilahi.
Puisi itu adalah hatiku,
yang ku titip untuk keluarga tercinta,
kerana kasih yang tidak terhingga,
walau tidka jua terluah dengan kata.
Puisi itu adalah hatiku,
yang impikan beriringan bersama Baginda,
melewati pohon-pohon kurma,
yang menangis merindukannya.
Puisi itu adalah hatiku,
yang aku lukis dengan kehampaan,
lantaran lupa dalam perjuangan,
tentang saudaraku dalam peperangan.
Puisi itu adalah hatiku,
yang merindui mati sejati,
di sambut Sang Rahman di rindui,
memeluk ruhku seerat ku ingini.
Puisi itu adalah hatiku,
yang ku renungi dari kedalaman hati,
kerana rindu bau syurga firdausi,
untuk meraih kebahagiaan ku cari-cari.
Puisi itulah hatiku,
yang ku luah tiada nada mengiringi,
hanya sunyi menemani,
di kala aku menangis seorang diri.
Itulah puisi hatiku,
hasil ujian Allah yang Mengasihi,
menunjuk ku jalan kembali,
bersama Allah cintaku yang abadi.
IIUM Library: 5/Nov/2009. 6:29

No comments: