Laman

Saturday, November 7, 2009

Wahai Manusia yang Mempunyai Hati!

Tatkala aku merasa cintaNya memenuhi segenap ruang hati,
Di saat itu juga aku merindui sang mati,
Mencabut ruhku dari jasad ini,
Membawaku kepada Kekasihku yang menanti,
Ku tahu Dia rindu untuk bertemu denganku,
Seperti aku juga begitu kesedihan menahan rindu untuk memelukNya.

Benar kata ulama dahulu:
“andai putera raja tahu betapa nikmatnya sebuah cinta Tuhan,
Pasti dia akan merebutnya dari kami.”

Wahai manusia yang mempunyai hati…
Serulah hatimu kepada Cinta Tuhanmu,
Andai kau tahu nikmat CintaNya,
Kau tidak akan pedulikan lagi isi dunia,
Kerana kau sudah mencapai nikmat bahagia sejati,
Bahagia memetik Cinta Sang Rabbul Izzati,

Wahai manusia yang mempunyai hati,
Cemburulah kalian terhadap perindu Ilahi,
Yang hidupnya dibuai tangisan rindu,
Lantaran cinta yang ingin bersatu…

Wahai manusia yang mempunyai hati,
Carilah Cinta Ilahi,
Kamu sesekali tidak akan kecewa,
Kerana cintamu bukan sia-sia…

No comments: