Laman

Tuesday, December 28, 2010

kata mereka...

mereka mengatakan,
kita meminta bunga, tapi Allah bagi kaktus,
kita minta rama-rama, tapi Allah bagi kepompong,

mereka kata...

kita menangis bila hujan berhenti,
tapi kita tidak tahu ada pelangi menanti,

mereka kata juga...

kadang-kadang kita meminta itu,
tapi Allah memberi ini..
kadangkala kita meminta segala keinginan kita dipenuhi,
tapi Allah bagi apa yang kita perlu sahaja...

salahkah keinginan kita itu?
kita ingin kebaikan, tapi rintangan datang..
apakah keinginan kita itu bukan terbaik?
apakah ujian itu lebih baik?

kata mereka...
ujian itu untuk menguji..
tak akan diberi kepada mereka yang tak mampu,

bagaimana kalau ujian itu gagal dipenuhi?

bagaimana sesuatu yang tidak terlintas dijiwa kita,
datang menggoda..

kita tak mahu...
kita cuba menjauhi...
kenapa ia datang juga?
kita ingin menjadi lebih baik dari semalam...

kerana...
ujian itu terhadap apa yang meragukan jiwa kita,
terhadap apa yang mudah iman kita goyah kerananya,

bagaimana andai ujian itu tidak lagi kita rasa ujian?
tapi nikmat yang sukar dilepaskan?
saat itu...
masihkah punya harapan untuk kembali..
bagaimana kita teguh menghadapi balasan terhadap
ujian yang gagal kita penuhi?
kerana hukum alam, hukum manusia,
yang buruk, dibalas buruk,
yang baik dibalas baik pula...

saat ini aku meminta lagi...

Tuhanku...

jangan uji daku yang tak daya aku hadapi...
yang tak mampu aku jauhi...

adakah ini selayaknya bagi ku?
ada kah hikmah dipenghujung hari?
adakah jalan untuk kembali lagi???

Wednesday, September 29, 2010

Gurindam Mustika

1

“Mana ayah?” Tanya Mustika, matanya meliar melihat sekeliling tebing sungai. Orang kampung lelaki menjerit-jerit mengarah sana sini, berwajah gusar, kanak-kanak sibuk menjenguk-jenguk dari tebing sungai, wanita-wanita berbisik-bisik sesama mereka berkelompok sambil mengendong anak di bawah pokok berangan.

“Mana ayah Mus, pak cik?” Tanya Mustika lagi kepada seorang pakcik, Pak Cik Bakar, kawan sekampung ayah yang paling rapat. Pak Cik Bakar berkain pelekat dengan baju pagoda putihnya yang agak lusuh memandang ke mata Mustika yang penuh tanda tanya, penuh debar. Anak ini, apa lagi akan diujinya. Getus hati Pak Cik Bakar sayu.

“Mus, duduk dulu, ayah kamu… jangan risau mereka tengah cari dia sekarang. Kamu duduk dulu bawah pokok sana.” Pak Cik Abu cuba menenangkan Mustika. Hatinya juga tidak tenang sebenarnya, sudah 2 jam kawan rapatnya hilang dihanyut arus deras, masih tak jumpa lagi. Sekarang, jam sudah hampir 6 petang. Tadi, sewaktu dia terserempak dengan Ayah Mustika di sini yang berkeras nak pergi menahan pukat, nak cari ikan Lapan Merah.

“Aku nak cari ikan, Mustika suka sangat makan kalau bakar tawar cicah dengan budu waktu hujan begini.” Jerit Pak Cik Halim dari atas perahu kepada Pak Cik Bakar yang berdiri di hujung tebing petang tadi.

“Kau tengok langit sikit Lim, hujan lebat nanti, bahaya! Perahu kau tu bergolek! Air sungai banyak.” Jerit Pak Abu tidak senang dengan tindakan kawannya. Dia memandang langit, awan hitam, pasti hujan lebat nanti.

“Kau balik lah, kau itu lelah, nanti kena hujan, tak pasal-pasal masuk hospital. Aku nak pergi tahan pukat kat lubuk sana saja, lepas itu aku balik. Si Mustika kejap lagi balik dari kelas petangnya.” Jerit Pak Cik Halim lagi sambil mula mengayuh perahu menjauh dari tebing.

“Bakar!” Jerit Pak Cik Halim.

“Kalau terjadi apa-apa pada aku, tolong jaga si Mustika!” Jerit Pak Cik Halim. Pak Cik Abu terkedu tiba-tiba. Lim…

“Bakar!” Jerit Pak Cik Halim lagi, dia berhenti mengayuh, menanti balas dari Pak Cik Abu.

“Ya, aku akan jaga si Mustika! Kau jangan risau, nanti lekas pulang!” Jerit Pak Cik Abu dari atas tebing. Pak Cik Halim tersenyum lalu meneruskan kayuhannya.

“Pak Cik, mana ayah Mus…” Rengek Mustika lagi sambil menggoyang-goyang tangan Pak Cik Abu. Pak Cik Abu lantas memeluk Mustika. Satu-satunya anak gadis Halim ini baru berumur 10 tahun. Hanya setelah 10 tahun Halim mendirikan rumah tangga barulah dia dikurniakan zuriat. Malangnya, isterinya, Zurinah, meninggal setahun kemudian kerana penyakit asthmanya. Tinggallah mereka berdua di rumah kecil diatas seekar tanah peninggalan pusaka orang tuanya.

Pak Cik Bakar mengeratkan pelukan terhadap Mustika yang mula menangis teresak-esak. Lim, aku akan jaga si Mustika macam anak aku. Getus hatinya, seperti saat itu perlu redo terhadap kemungkinan yang dia takuti.

“Dah jumpa!” Jerit orang kampung. Mustika melepaskan pelukan dan berlari ke arah orang kampung yang naik dari sungai.
“Ayah!!!” Jerit Mustika.
……………

“Kenapa, Mus?” Tanya Pak Cik Halim melihat anaknya yang bertempiaran lari kearahnya yang sedang mencangkul tanah untuk dibuat batas ubi di kawasan lapang tanah rizab kerajaan berdekatan dengan sungai.

“Kerbau kejar Mus!!!” Beritahu Mustika sambil menyerbu kearah ayahnya sehingga terjatuh cangkul yang dipegang Pak Ci Halim.

“Kenapa kerbau kejar, Mus?” Tanya Pak Cik Halim sambil mengusap belakang anak perempuan kesayangannya. Dia melihat kerbau yang cuba masuk ke dalam kebunnya yang berpagar dengan batang-batang buluh.

“Mus pakai baju merah, kawan dah cakap jangan pakai kalau datang sini. Kerbau banyak, Mus lupa.” Beritahu Mustika. Pak Cik Halim tersenyum sambil melepaskan pelukan anaknya, membetulkan rambut ikal mayang anaknya yang berjurai ke dahi.

“Tak adalah, Mus. Kerbau itu suka Mus agaknya. Hari ni anak ayah nampak cantik. Ayah tengok kerbau itu jantan. Tengok itu, asyik jeling-jeling kat Mus.” Gurau Pak Cik Halim. Mustika merengek.

“Ayah ni…” Rengek Mustika.

“Itulah, siapa suruh pergi main tempat kerbau mandi. Tadi janji nak ikut tolong ayah. Alih-alih jumpa si Sarah terus hilang. Itu padahnya tak tepati janji. Nah, sekarang ambil baldi ni, isi air kat perigi. Hati-hati.” Arah Pak Cik Halim. Dia melihat anaknya mengambil baldi menuju ke perigi yang hanya sedalam 1 meter. Perigi yangdigunakan untuk menyiram tanamannya. Dia memandang kearah hasil tanamannya, ada beberapa jalur pakong jagung yang sudah mula keluar bunga, ada ditanam tembikai yang bergolek atas tanah, ada beberapa para-para ubi keledek dan ubi badak. Hasilnya nanti hendak dijual, untungnya nanti diguna untuk belikan pakaian dan alatan sekolah Mustika. Untuknya pula, cukuplah diganti baju kemeja kelabunya yang sudah mula tercabut butang dan carik dibawah ketiak. Selebihnya untuk kegunaan harian mereka berdua.
………….

“Nah, dah siap Inah jahitkan baju abang ni. Hai, masam sangat agaknya ketiak abang sampai boleh carik bajunya.” Gurau Zurinah sambil menghulurkan baju kemeja biru kepada suaminya yang leka menjahit jalanya yang carik gara-gara tersangkut dengan kayu buruk sewaktu menjala ikan di sungai tempoh hari. Pak Cik Halim tersengih mendengar gurauan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan anak pertama mereka. Bukan kepalang gembira hati mereka setelah menunggu 10 tahun, baru saat itu mereka dikurniakan zuriat. Harap semuanya selamat nanti, baik bayi dalam kandungan mahupun isterinya.

“Masam sebab keringat bekerja untuk Inah dan anak kita nanti, tak apa kan kalau carik selalu dan Inah jahitkan?” Duga Pak Cik Halim kepada isterinya. Inah, dinikahi saat wanita itu berusia 16 tahun, manis orangnya, tinggi, ada tahi lalat kecil di pipi kanannya. Waktu itu usianya beru menginjak 20 tahun. Kerjanya menoreh getah sebelah pagi dan turun ke bendang menuai padi. Padi orang, keluarganya miskin, mengharap kerja dibendang ornag sahaja. Kata arwah ayahnya, lebih baik kita terus bekerja walau gajinya alangkah tak seberapa daripada kita mengemis meminta sedekah. Lagipun waktu itu semua orang miskin, hanya beberapa keluarga yang agak berduit seperti Haji Kasim mempunyai berekar tanah bendang dan kebun ketah. Kebanyakan penduduk kampung bekerja dengannya. Orangnya baik, tidak berlagak, kalau terdesak ayahnya akan pergi berhutang beras dengannya, hutang dibayar perlahan dengan dipotong sikit- sikit gaji ambil upah usahakan bendang Haji Kasim. Namun sebolehnya ayahnya akan mengelak untuk berhutang. Katanya jika sesuatu terjadi kepadanya, dia tidak mahu emak dan anak-anak menanggung beban hutang. Hidup mereka susah dan entah berapa tahun lagi akan senang melihat anak selama 8 orang yan masih kecil untuk diberi tanggungan.

bersambung

Tuesday, March 2, 2010

Semalam, Saat Ini dan Masa Hadapan

Hari-hari dilalui tanpa pernah dihitung waktu,
semalam disesali kerana impian gagal dipenuhi,
hari esok dikejar separuh mati, agar tak kempunan diri,
namun hari ini dibiar sepi,

dibiar berlalu bersama ditiup angin,
lupa apa impian hari esok, hadir hari ini,
setelah diimpi hari semalam,
lupa dalam kelekaan,
kerana kesibukan dunia yang gila,
menerjah jasad kita bak serigala,
memuas nafsunya dengan kudrah yang ada,
sehingga hari ini berlalu seperti biasa.

Lalu,
pernah kejayaan itu dimiliki?
saat kita bermimpi hari semalam,
peluang itu datang hari ini,
namun dibiar pergi menjadi kenangan,
menanti pula hari esok yang belum pasti datang.

Itulah hidup,
habis satu, satu yang lain datang,
belum sempat mengecap kejayaan hari ini,
dikejar pula impian esok hari,
akhirnya aku bertanya diri,
SAMPAI BILA HARUS MENGEJAR IMPIAN YANG DIPATRI SEMALAM?
SAMPAI BILA HARUS MENANTI IMPIAN HARI ESOK YANG BELUM PASTI DATANG?
SAMPAI BILA HARUS MEMBIAR HARI INI TERLEPAS SEBAGAI PELUANG?

Kita,
merindu hari semalam,
menghitung2 hari hadapan,
tapi buta manilai saat sekarang,
saat mata masih melihat keindahan,
saat hidung masih menghidu wangian,
saat lidah masih merasa kemanisan,
saat telinga masih mendengar burung berkicauan,
saat jemari masih rapat saat bersalaman,
saat kaki masih kuat untuk meneruskan perjalanan,
saat bibir masih mampu mengukir senyuman,
SAAT HATI MASIH MAMPU MENERIMA KEIMANAN,

SAAT SEKARANG DILUPAKAN,
dibiar-biar keseorangan,
konon-konon esok masih punya peluang,
akhirnya sekarang menjadi semalam,
merindu agar kembali berulang.

HATI,
Mengapa masih kufur mensyukuri nikmat Tuhan,
mengapa masih berangan-angan masa hadapan,
'aku ingin belajar sampai sarjana kedoktoran,
agar manusia tak pandang aku anjing kurap di institusi pendidikan,
aku ingin jadi usahawan, agar aku kaya,menolong mereka yang kesempitan,
aku ingin jadi pemimpin masa hadapan, agar aku mampu menegakan kerajaan Islam,
aku ingin...ingin....ingin....
'

Letih hati disogok-sogok dengan bermacam impian,
letih, takut seperti semalam,
dibiar tanpa jadikan kenyataan,
dan, saat sekarang dibiar tak bertujuan.

Mampukah impian murni itu dikecapi di masa hadapan?
atau tetap menjadi angan-angan kosong membingit otak memikirkan?
Andai...
andai...
andai...

Hari ini belum lagi habis 7 jam mengulang kaji pelajaran,
hari ini belum lagi sedekah, menginfakan duit kepada yang memerlukan,
Hari ini belum lagi mencuci hati dengan ikhlas dan adil dalam persahabatan.

Andai hari ini juga seperti kekosongan semalam,
pasti hari esok kisah sama akan berulang.

Lalu..
usah diharap mengecap sarjana kedoktoran,
kononnya agar menjadi Muslim yang berpendidikan,
atau lupakan angan menjadi usahawan,
kononnya ingin menafkahkan kepada yang kesempitan,
atau lenyapkan impian membentuk kerajaan Islam,
konon-kononnya itulah impian semua ummat Islam...

Kalau hari ini tetap jua dibiar...dibiar...
berlalu tanpa tujuan,tanpa langkah jelas menggenggam impian,
tanpa usaha kecil mendidik jiwa mematangkan fikiran.
Dengan ulangkaji, infak, sedekah dan ikhlas dalam menjalin hubungan.

Mulalah saat ini menjahit benang2 impian hari esok,
kemaskan kembali jahitan yang longgar semalam,
agar hari ini kita...dengan jarum peniti yang halus itu,
mampu mencipta sebuah pakaian,
yang kemas dan cantik,
untuk dipakai pada hari yang dijanjikan.

*Saat ini dihadapanku tersergam indah rumah biru Tuhan,
disinari jingga mentari petang,
ditaburi langkah2 anak2 pejuang,
meliuk-liuk halus pokok palma,
mencipta bayang-bayang yang mengasyikan.

Damai...

Saat ini ku genggam kembali impian...

Sebentar lagi Tuhan memanggil jiwa pulang,
pulang untuk mencucikan jiwa,
dan mulakan langkah menuju kejayaan..
hayya 'alassolah..
hayya 'alalfalah!

Allahuakbar,
KasihNya tak pernah padam,
saat hati mula luluh menangisi iman yang tak sejati,
saat kaki seperti kaku melangkah tempat-tempat ilmu,
saat kepala sebentar cuma mencecahkan dahi menyujud ke bumi..
Sat semalam menekan-nekan agar ditangisi,

Saat itu dan apapun...
Dia masih..tanap jemu..
memanggil-manggil hamba ini..
Hayya 'alassolah...
Hayya'alalflaah....

Masihkah perlu menunggu lagi???

Friday, January 22, 2010

Kadangkala...

Pagi ini mata tersangat berat,
namun saat itu juga tanggungjawab tak pernah kurang,

Kadangkala,

ingin sahaja menutup telinga dengan bantal,
aku ingin berehat sebentar,
namun kata Iman,
Bangkit, rehatmu sudah panjang, masa untuk berjuang.

Kadangkala,

Ingin sahaja kaki ini berhenti melangkah,
penat kuliyyah seharian belum jua hilang,
namun kata Iman,
Usrah!Usrah! segarkan iman!

Kadangkala,

Ingin sahaja berlama merenung bulan,
agar hilang sedikit kekalutan,
namun kata Iman,
Cukup! Tugasan dakwah belum lagi diuruskan.


Kadangkala,

Ingin MC dari Ta'lim, Usrah dan Daurah,
Kerana tuntutan dakwah melebihi kudrah,
Namun kata Iman,
Mesti kuat, umat perlu diselamatkan.


Kadangkala,

hati ini banyak merungut dari muhasabah,
tuntutan semakin payah, jihad semakin lemah,
namun kata Iman,
Sabar, Ini sunnah berjuang.


Kdangkala,

Mata ini berpinar mentafsir keadaan,
Memahami antara tujuan dan rintangan,
namun kata Iman,
Aku tidak hanya hidup di hati, tapi juga perbuatan.


Itulah...

kadangkala...

Namun,

Kadangkala itu harus pergi, jangan biar selalu kembali,
Teruskan hidup menjulang misi nabi,
Kerana Rasulullah sentiasa menemani,
dalam sunnahnya yang masih diwarisi.


..............

Monolog budak QYC.
Library, 6.19pm
22/01/10