Laman

Monday, April 20, 2009

Apa yang PENTING?

P.A.S.I.R, Ada apa dengan pasir? Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu untuk sia-sia. Hatta jika ditanya apa guna sebutir pasir dipsisir pantai? Hanya sebutir pasir, tidak akan mampu membina sebongkah batu untuk dibuat bangunan atau pun untuk dibuat istana pasir. Namun, setiap kejadian itu ada hikmahnya samada yang tersirat mahupun tersurat. Pasir, tanpa sebutir pasir, tidak akan tercipta bongkah batu atau istana pasir kerana ciptaan tersebut terbuat dari gabungan pasir-pasir yang dulu hanyalah sebutir pasir. Mungkin sebutir pasir tidak mampu untuk membina apapun tapi jika semuanya bersatu, bungunan beratus tingkat pun mampu tercipta, bermula daripada sebuitr pasir. Seperti duit seringgit tidak akan wujud jika tidak cukup satu sen.

Itulah analogi kehidupan kita. Kita tidak hidup secara individualistic tetapi kolektif. Maka apabila hidup bermasyarakat perlu sekali kita menjadi seperti kisah pasir tadi. Sikap individualistik ini jika orangnya dihantar hidup di hutan pun sudah tentu haiwan-haiwan tidak ingin berkawan dengannya. Jadi, dalam satu hal teladanilah kisah Tarzan, walau diceruk hutan manapun, dia masih boleh bersahabat dengan haiwan-haiwan disana tidak kira jenis, rupa mahupun tingkah haiwan-haiwan tersebut kerana dia tidak hidup untuk kepentingan dirinya sahaja.

Ibn khaldun dalam membicarakan kehidupan sebuah masyarakat menggambarkan sebuah masyarakat tidak akan wujud tanpa peranan individual. Apabila individual itu terdidik dengan sifat insaniyyah mahupun rububiyyah maka akan terciptalah masyarakat yang stabil dan harmoni.

Oleh itu, setiap individual tidak sepatutnya merasa kejadiannya suatu yang sia-sia. Mungkin tersurat bahawa masyarakat tidak memerlukan kita tetapi tersirat satu pengharapan yang butuh pada peranan kita sebagai salah seorang warga masyarakat. Sedari itu, apabila kita telah mengetahui peri pentingnya peranan kita sebagai individual apatah lagi sebagai Muslim, perlulah kita bersama-sama dengan masyarakat yang lain untuk hidup secara kolektif yang menggarapakan kepentingan berkerjasama, memahami juga toleransi.
Seperti juga kisah pasir tadi, jika kita sendirian, kita mungkin tidak mampu atau melalui kesusahan untuk melakukan pekerjaan. Tetapi dengan hidup bekerjasama kita pasti mampu membuat lebih dari yang kita sangka. Contohnya, jika kita ingin menangkap pencuri yang memecah masuk kerumah di kawasan perumahan kita sendirian, kononnya hendak tunjuk hero, silap hari bulan nyawa kita tergadai dek kerana kita sendirian dan mereka ramai, siap bersenjata atau, mungkin kita pula yang tertangkap dituduh mencuri. Tapi kalau kita bersepakat untuk menjalankan pengintipan bersama, pasti kita dapat menangkap pencuri tersebut walau ramai manapun pencurinya [tetapi pencuri tidak akan datang beramai-ramai atau berkonvoi, biol namanya pencuri begitu]. Bahkan kita boleh memperoleh maklumat yang sangat penting yang diperlukan pihak
polis atau kita mungkin juga dapat mengetahui dimana barang curian disembunyikan. Dengan pembongkaran tersebut, pihak polis dapat menyelesaikan beberapa kes yang tertangguh atau dapat membendung banyak kes yang lain dari siri penangkapan tersebut. Walaupun begitu, segalanya berhikmah dari sikap kerjasama kita sebagai warga kolektif. Bak kata pribahasa Melayu ‘yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijunjung.’

Adapun juga, seseorang tidak boleh bersifat lepas tangan melihat bahawa dirinya tidak akan membantu untuk sesuatu perkara bersama masyarakat. Sikap begitu barangkali individual tersebut seorang yang malas, tidak sensitive atau tidak juga berfikir konsikuensi dari tindakannya pasa masa hadapan. Hukum kehidupan menyaksikan, perbuatan yang buruk akan dibalas dengan yang buruk, yang baik akan dibalas saksama.

Begitulah acuan kehidupan ini yang memerlukan kita kepada sikap kerjasama dan kesefahaman atau muafakat yang membawa berkat. Pasir itu tadi pun tidak mampu menciptakan bongkah batu tanpa sikap kerjasama dan memaahami sesame mereka. Apabila sikap begitu terlaksa, bongkah pasir itu akan mencipakan bangunan yang akan utuh untuk satu masa yang lama lantaran kekuatan jalinan muafakat pasir-pasir tersebut. Begitulah juga kita sebagai manusia.
JAWAPAN: KERJASAMA

Sabda Rasulullah: 'Tidak dikira beriman seorang Islam sehingga dia mengasihi saudaranya yang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.'
-WALLAHUA'LAM-

No comments: