Laman

Saturday, April 18, 2009

Nabil dan Apek; Ikon Jiwa yang Kosong

Kehidupan ummat manusia semakin hari semakin terhakis nilainya sebagai makhluk bergelar manusia. Ketagihan terhadap music yang melalaikan serta gelak ketawa yang tidak disedari mengeraskan hati mereka adalah satu indikasi hati mereka itu tandus, kering jua kosong daripada iman. Imannya semakin hari semakin kering oleh kemarau dosa dan maksiat yang berpanjangan. Manusia membelitkan yang haq, menghamparkan yang batil.

Program reality tv yang berlambak seperti ikan kembung di pasar malam dan program lawak jenaka yang tumbuh bak cendawan selepas hujan adalah metaphor bahawa jiwa-jiwa manusia semakin kosong daripada kemanisan iman. Adakah kita meyakini bahawa hati kita benar-benar tenang selepas menonton program sebegitu? Adakah bergelak ketawa, menggangguk kepala, menyanyi bersama tanda kita tenang dan bahagia? Usahlah tertipu dengan hati kamu sendiri. Usah menipu Allah yang terus memerhati pasti. Namun, jiwa mereka mungkin ‘bahagia’, bahagia yang membawa malapetaka akhirat. Bahagia yang dianugerahkan Allah untuk terus membiarkan mereka berada dalam kesesatan lantaran perhambaan hati mereka sendiri terhadap nafsu. Sampai bila hati itu mahu dibiarkan kosong?


Nabil dan Apek antara artis dinobatkan sebagai artis paling popular. Jika difikirkan, mengapa pelawak seperti mereka berjaya menarik perhatian dan menambat hati orang ramai sehingga mereka rela berhabisan duit dan waktu menghantar kertas undian agar mereka terpilih? Inilah wajah hati manusia hari ini, hati yang tertipu bahawa dengan berlawak jenaka, bergelak ketawa hati mereka akan terisi dan bahagia. Bukankah seseorang itu bodoh jika dirinya tertipu oleh hati mereka sendiri?

Lupakah firman Allah bahawa ALLAH BERJANJI, dengan mengingatiNya hati mereka akan tenang? Butakah manusia untuk menghalusi firmaNya? Berzikir, membaca al-Quran adalah ubat ketenangan hati. Adakah mengingati Allah itu hanya melalui cara berzikir dan tilawah al-Quran atau ke masjid? Ingatlah Allah walau dengan apa cara sekalipun, walau keadaan apapun sehingga dengan mengingatinya, kita akan menginsafi dosa-dosa sebentar tadi yang berlalu dan membenci walau untuk mengingati betapa hina dan jijik sekali dosa yang dilakukan walau sebesar zarah.


Usahlah tertipu lagi dengan permainan hatimu sendiri, kelak binasa akan mengiringimu.

GELAK KITA, TANGIS BAGINDA


Andai Rasulullah masih hidup hari ini dan memerhatikan nasib ummatnya yang tidak lagi menghiraukan sunnah dan ajaran al-Quran, pasti baginda akan terus tunduk dihadapan Allah dengan linangan air mata dan esakan yang melukan hati, ‘Ummati, ummati ya Rabb.’ Tidakkah kita malu untuk menagih syafaatnya di akhirat nanti sedangkan didunia kita begitu sombong dan biol untuk menuruti sunnah dan ajarannya? Tidak malukah kita yang sewaktu didunia lidahnya begitu hebat mengkritik gaya hidup baginda, bahawa kononnya setiap sunnahnya hanyalah tabi’inya, maka mengapa perlu bersusah menurut tabi’I orang lain sedangkan Allah telah menyiapkan kita dengan tabi’i kita sendiri?

Sampai bila kamu ingin terus bergantung dengan rational kamu yang dungu itu dan menolak keyakinan iman kamu? Kamu! Kamu yang tidak berbudi pada Islam tetapi yang terdahulu berkejaran, mengharungi lautan peluh dosa kamu sendiri kepada Rasulullah. ‘Syafaatkan kami ya Rasulullah!’. Lalu apa tindakan baginda terhadap orang seperti kamu? Orang yang semasa hayatnya begitu rakus melakukan yang ditegah, orang yang menganggap sunnahnya tidak lagi boleh dipakai di zaman moden ini.


Muhammad itu Rasulullah, yang punya sekeping hati yang jika ditimbang dengan seluruh hati manusia, timbangannya yang paling berat sekali. Baginda, yang terpilih memegang kunci syurga tapi baginda menangguhkan dirinya ke syurga kerana memikirkan ummatnya, memikirkan ORANG YANG DUNGU SEPERTI KAMU!Rasulullah, walau apapun yang dilakukan terhadap ummatnya, walau hatinya disakiti, dicemuhi, walau sunnah sucinya dimungkari, walau najis dipalitkan kemukanya, Walau apapun yang dilakukan ummatnya, baginda gagahkan kakinya melangkah mengadap Allah. ‘Wahai Muhammad, ucapkanlah apa yang tersirat dihatimu, nescaya aku akn kabulkan.’ Dengan kepala yang ditunduk kerana malu lantaran ini untu kali yang keberapa dia meminta kepada Allah, dengan linangan air mata, baginda berkata. ‘ummati, ummati, ummati. Siapa ummat baginda, KITA!KITA!KITA!


Walaupun baginda memegang kunci syurga, baginda membiarkan ummatnya masuk terlebih dahulu, baginda menunggu ummatnya meniti titian sirat yang lebih halus daripada belahan rambut, lebih tajam daripada bilah pedang dengan sabar, baginda menarik ummatnya agar terus maju asal jangan terjatuh ke kawah neraka. Baginda bersyukur dan bahagia apabila kalangan ummatnya Berjaya meniti titian sirat dan menangisi mereka yang jatuh dengan duka dan perit ke neraka. Lalu bagindalah yang terakhir masuk ke dalam syurga dan diiringi oleh nabi dan ummat yang lain. Mengapa baginda begitu sekali pengorbanannya? KERANA KITA UMMAT RASULULLAH!
-wallahua'lam-

No comments: