Laman

Friday, April 17, 2009

Laskar Pelangi

Sebuah karya Andrea Hirata fiksyen yang diadaptasikan ke layar perak. Masih belum sempat membaca novelnya, hanya satu bab sahaja, tapi sudah diulang-ulang menonton wayangnya. Satu cerita yang benar-benar membawa penonton bersama-sama melewati kehidupan 10 anak-anak kampung Belitong di Indonesia yang miskin. Anak-anak yang mempunyai tingkah yang tersendiri, fizik yang tersediri, layak kehidupan di zaman kanak-kanak. Sebuah cinematography yang begitu memorial dengan berlatarkan zaman pertengahan 90-an dengan skren sofianya. Benar-benar file mini membawa kita kembali ke dunia sekolah kita dahulu. Walaupun ceritanya berbeza dengan kisah hidup kita, namun ceritanya membawa mesej-mesej yang sarat dengan pengajaran dan memberi satu inspirative yang luar biasa kepada penonton walaupun system pengajiannya seperti di zaman ibu bapa kita.

Kisah tentang jasa guru yang begitu bersungguh mengajar anak-anak muridnya walaupun sekolah yag didirikan layaknya seperti kandang kambing. Kisa tentang cinta pertama dizaman kanak-kanak sehingga menuntutnya belajar bersungguh dan menyimpan cita-cita untuk bertemu kembali dengan cinta pertama yang terpisah. Kisah persahabatan yang cukup luhur, kisah persahabatan yang tiada hasad mahupun dengki kerana kehidupan di zaman kanak-kanak sangat suci, tambahan mereka semua berasal dari kampung yang jauh dari pembangunan. Kisah kesimpitan hidup dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul seawall usia yang menghalang mereka dari meneruskan pelajaran walaupun mereka sangat butuh pada ilmu. Namun, wlaaupun dia tidak Berjaya, kejayaan dalam pelajaran itu dititipkan kepada generasinya agar tidak tercicir seperti mereka. Sebuah kisah yang seolah-olah penulis pernah mengalami semua itu sehingga penyampaiannya begitu terkesan dihati, terembes air mata.
Kisah yang sarat dengan pengertian agar menghargai jasa guru walau apapun juga kondisinya, kisah hati guru yang ingin anak didiknya berjaya dalam pembelajaran walau dia terpaksa berhabis duit dan tenaga. walaupun dia terpaksa berpanas ke sekolah, walaupun hanya dia seorang saja yang mengajar, kerana memikirkan nasib pelajarnya, digagahkan juga hati dan kudratnya sehingga dia tidak punya masa untuk peribadinya.
Karya yang menyedarkan kita yang pernah menjadi pelajar kepada guru kita begitu murni dan besarnya jasa dan pengorbanan seorang guru.

No comments: