CUKUPKAH 8 JAM SATU HARI?
Barat menekankan TIDUR YANG CUKUP, sebaik-baiknya 8 JAM SEHARI. Contohnya. Kita tidur pukul 10 malam bangun 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Bila pulang kita tidur pula, rehat sejam dua. Sekarang 8 + 2= 10 jam, masih tinggal 14 jam lagi yang kita gunakan untuk melihat dunia ini. Kira-kira, tidur kita seimbang dengan waktu celik kita. Kalau kita bangun qiam pukul 4 pagi, selalunya kita gantikan tidur kita yang digunakan untuk bermunajat kepada Allah dengan tidur selepas subuh. Alasannya, mesti cukup 8 jam. ADA APA DENGAN 8 JAM?
Pernah terfikir kenapa perlu 8 jam? Kenapa perlu tidur yang ‘cukup’?
Imam Syafi’e mengira, andai sehari kamu peruntukan untuk tidur selama 8 jam dan kamu hidup selama 60 tahun, kira berapa lama kamu sudah tidur? 20 TAHUN? Aduh! Mahu panjangkan lagikah lena kita? Asal ada senggang waktu, kira-kira tiada pekerjaan yang perlu dibuat ingin terus rindukan bantal dan tilam, jika tidak, berbantalkan lengan pun rela asalkan dapat tidur.
Barat memperuntukan tidur yang panjang kepada kita dengan alasan mendapatkan ‘tidur yang cukup’. Manusia ini kalau tidur ‘sudah cukup pun mahu lagi di tambah-tambah kerana manusia suka tidur semejak dalam kandungan ibu. Jika kita lihat bayi, walau telah sebulan menghirup sendiri udara dunia, masih lagi sukar untuk mencelikan mata, tidur kerjanya. Itulah manusia sehingga lewat dewasa.
Apa sebabnya Barat berfikiran begitu?
KERANA HIDUP MEREKA KOSONG DARIPADA TANGGUNGJAWAB AKHIRAT.
Kehidupan manusia yang menolak Allah dan suruhannya menjadikan masa 24 jam yang diperuntukan kepada mereka terlalu lama, lalu mereka peruntukan untuk tidur. Orang bukan Islam tidak memikul tanggungjawab untuk berdakwah terhadap dirinya dan orang lain. Kehidupan mereka hanyalah kerja, berhibur dan TIDUR. Tapi kerja kita sebagai orang Islam dan Mu’min adalah kerja, beribadah dan berdakwah. Bahkan kerja dan tidur itu sendiri adalah nikmat ibadah jika diperuntukan menurut kandasan sunnah Rasulullah.
Tidur kita sebagai Muslim tidak memerlukan 8 jam. Itu terlalu lama dan membuang masa, kita telah mensia-siakan, membekukan otak fikiran kita selama 8 jam sedangkan dunia Islam sangat dahagakan buah fikiran kita untuk memajukan ummat dan menegakan Islam kembali di bumi Allah ini. Orang bukan Islam hidup mereka kosong, seperti robot. Mereka dipaksa bekerja dan bekerja dari pagi sehingga lewat malam demi memajukan negara mereka, seperti Jepun. Tetapi adakah mereka memperuntukan waktu untuk beribadah kepada tuhan mereka? seperti kita yang diwajibkan solat kepada Allah 5 kali sehari dan sunat-sunat yang dituntut di malam hari dan hari-hari yang terluang bagi kita. Jawapannya tidak, kerana itu peratusan mereka yang membunuh diri akibat tekanan dari tempat kerja adalah tinggi. Segalanya berpunca dari kesesatan hidup pilihan mereka sendiri. Taksub kepada dunia dan materi tetapi lupa pada maslahat diri sendiri.
Kita tidak butuh kepada tidur 8 jam yang cukup. Sejak kecil kita disogok dengan idea begitu. Ibu bapa kita memaksa kita masuk tidur seawal 9 malam agar tidak mengantuk di sekolah pagi esoknya. Kerana itu kita merasakan sangat sulit untuk mengurangkan tidur kita. Tetapi jika kita tekad untuk mengubah cara tidur kita dan menukarkan ‘mind kita’ pasti MUSLIM BOLEH melakukannya. Tiada yang mustahil dalam hal ini tambahan lagi jika ia satu mujahadah kita kepada sang Rabbul Izzati. JENTIK FIKIRAN, TANYA IMANMU YANG MASIH BERSISA SENDIRI!
Rasulullah hanya mengkhabarkan, ‘jika kalian telah selesai dari pekerjaan dan tiada lagi yang perlu dilakukan maka tidurlah awal dan bangun qiam pada dinihari.’ Baginda tidak menyatakan untuk tidur yang cukup tetapi fahamilah baginda menyuruh kita agar mengamalkan tidur yang cukup-cukup. Tidakkan terkesan di hati kita dengan perkiraan yang dibuat oleh imam syafi’e seperti diatas? Berapa lama lagi mahu tidur?
DA’WAH PERLUKAN KITA
Ummu Mu’minin Aisya bertanyakan Rasulullah, ‘Hai Rasulullah, adakah engkau juga tidur seperti kami?’ Baginda membalas, ‘Wahai Aisya, memang kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku terjaga.’ Kenapa sehingga begitu sekali tidur baginda? Hatinya terjaga dan sedar kerana MEMIKIRKAN URUSAN UMMAT yang pada waktu itu dan waktu sekarang. Tidur baginda hanyalah sekadar memenuhi nafkah jasadnya sahaja, tidak lebih dari itu, jika tidak pasti baginda terus celik mata dan hatinya memikirkan ummat. Tetapi jika baginda berbuat demikian, pasti sahabat yang lain ikut berbuat demikian tetapi yang demikian itu akan menyusahkan hati baginda kerana kekhuatiran akan membebankan ummatnya.
As-Syahid Hasan al-Banna mengatakan ‘umur kita tidak akan pernah cukup dan sebanding dengan tanggujawab kita yang wajib digalas untuk Islam [da’wah].’ Kata-kata seperti itu tidak akan lahir dari jiwa yang tidur cukup tetapi hanya tidur cukup-cukup. Jika sisa umur yang diperuntukan tidak juga cukup dan sebanding dengan urusan Islam, apatah lagi umur yang digunakan untuk tidur yang banyak, semestinya jauh tidak cukup. Oleh itu, pergunakanlah sisa umur yang ada selepas kesedaran kita untuk memikirkan ummat.
Kalau kita soroti sejarah tokoh-tokoh Islam yang terbilang, pasti kita dapati tidur mereka tidak cukup tetapi hanya tidur cukup-cukup. Hassan al-Banna setelah pulang dari suatu urusan da’wah lewat malam bersama temannya, walaupun dalam keadaan yang letih beliau masih lagi gagah melangkah kaki ke tikar solat secara senyap-senyap daripada pengetahuan temannya [walaupun dia tidak tahu bahawa temannya sedang memerhatikannya] dengan harapan bahawa temannya itu tidak menyedari untuk solat malam. Lihat, urusan sebagai Muslim tidak pantas dihalangi oleh tidur yang berlama. Rasulullah sendiri memperuntukan waktu dinihari untuk bertaqarrub dengan Allah sehingga suatu malam Aisya mendapatinya sedang menangis ketika solat di hadapan rumahnya yang da’if. Begitu juga dengan ulama’-ulama’, terdengar kisah mereka tidur diatas buah kelapa dengan harapan agar lenanya tidak terlalu panjang agar mereka dapat bangun untuk beribadah dan menelaah ilmu. Itulah personaliti bakal ahli syurga, tidurnya bukan cukup tetapi sekadar cukup-cukup.
Kita lihat lagi bagaimana Barat mencanangkan idea tidur yang cukup ini dengan menawarkan tilam-tilam yang empuk, lembut dan melenakan sehingga dibuai mimpi yang indah-indah dengan harapan saat kita bangun, tubuh kita akan menjadi sihat dan bertenaga. Cuba bandingkan tidur baginda Junjungan besar kita Rasulullah, diceritakan oleh Aisya juga ‘tilam baginda di malam hari hanyalah terbuat dari kulit yang diisi sabut.’ Sabut! Lihat bagaimana Barat berusaha untuk menjauhkan kita dari sunnah Baginda dan menjauhkan kita dari ni’mat berkhalwat dengan Allah di malam hari kerana mereka sedar seorang Muslim itu tidak akan selamanya kuat imannya kalau solat malam tidak mampu didirikan. Itu Rasulullah! Tetapi kita siapa? Mani yang tidak pernah berguna, tidur saja retinya sampai bangun-bangun terus bengong kepala, berpinar-pinar anak mata, terhuyung- hayang berjalan sini sana. Sampai bila mahu begitu, ummat diluar, keluarga kita yang terdekat sangat-sangat memerlukan pertolongan kita dalam perbagai cara.
Dalam kehidupan seorang Muslim soleh dan solehah tidak aka nada istilah ‘boring’ , ‘luang waktu’ atau tidak punya pekerjaan’. Sedarlah, terlalu banyak tugas da’wah yang perlu kita gerakan bermula da’wah untuk diri kita dan beriringan dengan tugas da’wah untuk orang lain. Kita terus lena sedangkan si dajjal manusia sedang memerah otak memikirkan nukler psikologi yang terbaik untuk memusnahkan tunjang aqidah manusia.
Si kafir tidak butuh kepada kekristianan kita tetapi meraka sangat menginginkan agar kita MURTAD dari aqidah kita. Itulah jiwa yang hasad dan dengki, jiwa yang tidak pernah senang dengan agama Islam kerana mereka sedar mereka tidak akan berjaya menguasai dunia selagi Islam menjadi gaya hidup manusia. Socialism runtuh di dunia kerana Islam buka kerana capitalism dan pihak capitalism juga sedang berusaha agar segala impian dan cita-cita mereka untuk memperkudakan ummat dan melanyakan orang seperti kita terlaksana.
Da’wah itu tidak perlu disempitkan dengan da’wah yang memerlukan kita untuk menjadi mubaligh, berda’wah sehingga ke hujung kampung, mengetuk-ngetuk rumah orang walau tahu kehadirannya tidak dialukan, walau kehadirannya tidak pernah dijemput masuk ke dalam, rela berdiri di depan tangga untuk menyebrkan agama Islam. Untuk menyedarkan kepentingan RUKUN ISLAM YANG LIMA bukan RUKUN MALAYSIA yang LIMA. D’WAH ITU MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN MENEGAH KEPADA KEBURUKAN. Da’wah itu harus dimulai dengan diri sendiri, melatih diri untuk thabat meneruskan kebaikan dan istigamah dalam menjauhi kemungkaran. Walaupun begitu, kita tidak boleh menunggu iman kita, akhlak kita juga niat kita sempurna kerana kita manusia biasa, tambah lagi masa terlalu mencemburui, maut rindu menanti, kita tidak punya masa lagi untuk terus menanti bilakah kesempurnaan iman itu dpat digapai kerana IMAN MANUSIA TIDAK AKAN PERNAH SEMPURNA, hati manusia itu berbolak-balik dan dirinya tidak akan pernah lekang dari secalit dosa dan noda di hati. Oleh itu, janganlah menanti buah yang tidak gugur, jangan dinanti buah iman sempurna baru kita mahu melangkah berda’wah kepada orang lain. Tetapi, BERIRINGANLAH DENGAN HATIMU DAN yang lain, TARIK HATI YANG LAIN UNTUK MENGAJAK KEPADA MA’RUF DAN MENJAUHI SEGENAP YANG MUNGKAR.
Jangan pula terus biarkan hati berdalih ‘aku bosan!’ ‘aku tidak ada perkara yang perlu dilakukan’ ‘baik aku tidur!’. CUKUPLAH! Kita sudah melampau dalam merasai ni’mat Allah. Jangan sampai ni’mat lena kita yang terlau panjang itu membinasakan kita dihari yang tiada lagi tidur tetapi jaga yang selama-lamanya. Terlalu banyak yang perlu disampaikan kepada ummat, lakukan apa saja yang termampu untuk menarik manusia mendekati kembali al-Quran, memahami kembali bahawa Islam itu bukan saja dalam ruang lingkup solat fardu atau masjid, ISLAM ITU LAMBANG GAYA HIDUP MANUSIA!
Banyakan menulis, Allah menganugerahkan satu surah yang mulia ‘AL-QALAM’ sebagai indikasi betapa pentingya ilmu dan penulisan. Jadi, jangan diracun hati dan fikiran dengan mengatakan ‘aku tidak berbakat!’ ‘aku tidak ada pengetahuan tentang itu dan ini’. Sedarlah, al-Quran itu tidak mencicirkan seorang ummat pun untuk terlepas dari segala firmanNya. Al-Quran memilih kita untuk bangkit memegang pena dan menintakan sesuatu untuk ummat, jika kita tidak punya pengetahuan itu dan ini, lantas apa guna aqal yang dikurniakan oleh Allah, yang membezakan kita dengan binatang andai ia tidak dimanfaatkan untuk menimba ilmu dan melemparkah buah fikiran kita kepada orang lain demi SEBUAH DA’WAH yang tidak pernah selesai? Timbalah ilmu kerana itulah wahyu pertama ‘IQRA’!’ ‘bacalah! Dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan’. Carilah ilmu dengan memperbanyakan bacaan yang ilmiah dan salurkanlah segala yang baik atau segala ilham yang dikurniakan kepada ummat manusia demi Allah yang menciptakan, demi shahadah kita, kesaksian kita kepada ALLAH YANG MAHA MULIA. Itulah tugas kita!
*Yang berbicara pun sama saja, namun yang baik itu perlu segera disebarkan. Sahabat Rasulullah, apabila diperintahkan menyebarkan Islam secara terbuka, terus saja mereka menerima dan melakukan yang demikian dengan keadaan yang sulit demi memartabatkan Islam di hati manusia. Oleh itu, peringatan untuk diri juga kepada pembaca. Jangan di lihat siapa yang menuturkan atau mengarahkan kepada kebaikan tetapi lihatlah mesej yang hendak disampaikan. Kerana jika kita bertindak sebaliknya, kita telah riak kepada Allah dan manusia kerana menyangka bahawa kita lebih baik daripada mereka. Yang baik itu pastinya datang dari Allah yang MAHA SEMPURNA manakala yang buruk itu tentulah dari jiwa yang masih buta dengan dunia dan dibelenggu dosa noda. Kadangkala istighfar kita juga memerlukan istighfar. Ketahuilah, Islam itu, jika kita tidak dapat melakukan semua yang di suruh, janganlah ditinggalkan semua. Allah itu MaHA Pengampun. Berdoalah agar iman kita tidak terus ditapuk yang lama.
-WALLAHUA’LAM-
Kemboja Putih
24/4/09
9.00 pagi
Tambunan, Sabah
No comments:
Post a Comment