Adik,
Kau bongsu kesayanganku,
Kesayangan ayah dan ibu,
Kau manja lebih dariku,
Kau bongsu kesayanganku,
Kesayangan ayah dan ibu,
Kau manja lebih dariku,
Kerana kau anak bongsu.
Adik,
Seringkali aku termenung,
Mengenang nasibmu kini,
Bagaimana dapat ku rawat dukamu,
Bagaimana dapat ku ubat rindumu,
Sedangkan aku masih lagi sendu,
Tentang kisah semalam yg candu.
Adik,
Aku bermonolog lagi,
Bagaimana mampu aku beri kehidupan baru kepadamu,
Sedangkan hidupku sering bercelaru,
Bagaimana mampu aku mendampingimu,
Sedangkan aku jauh beribu-batu,
Adik,
Aku selalu berfikir,
Bagaimana dewasamu nanti,
Tanpa ayah dan ibu,
Tanpa mereka yang memahami,
Hanya ingin mencari salahmu,
Tapi lupa hatimu benar2 sendiri,
Adik,
Kau turut kata mereka,
Selalu pesanku ‘kita tidak punya siapa’
‘turut saja kemahuan mereka’
‘nanti kau akan bahagia’
‘pendamlah gelora hatimu’
'kerana engkau masih muda untuk tahu’
‘erti dewasa sebuah kehidupan’
Adik,
Jangan ikut kata hati,
Nanti bermusuh sesama famili,
Entah dimana hendak pergi,
Kerana kita tidak punya siapa-siapa lagi.
Adik,
Mereka bukan seperti sangkamu,
Mereka teman sepermainmu,
Teman di meja makanmu,
Mereka masih menyayangimu.
Adik,
Adik,
Seringkali aku termenung,
Mengenang nasibmu kini,
Bagaimana dapat ku rawat dukamu,
Bagaimana dapat ku ubat rindumu,
Sedangkan aku masih lagi sendu,
Tentang kisah semalam yg candu.
Adik,
Aku bermonolog lagi,
Bagaimana mampu aku beri kehidupan baru kepadamu,
Sedangkan hidupku sering bercelaru,
Bagaimana mampu aku mendampingimu,
Sedangkan aku jauh beribu-batu,
Adik,
Aku selalu berfikir,
Bagaimana dewasamu nanti,
Tanpa ayah dan ibu,
Tanpa mereka yang memahami,
Hanya ingin mencari salahmu,
Tapi lupa hatimu benar2 sendiri,
Adik,
Kau turut kata mereka,
Selalu pesanku ‘kita tidak punya siapa’
‘turut saja kemahuan mereka’
‘nanti kau akan bahagia’
‘pendamlah gelora hatimu’
'kerana engkau masih muda untuk tahu’
‘erti dewasa sebuah kehidupan’
Adik,
Jangan ikut kata hati,
Nanti bermusuh sesama famili,
Entah dimana hendak pergi,
Kerana kita tidak punya siapa-siapa lagi.
Adik,
Mereka bukan seperti sangkamu,
Mereka teman sepermainmu,
Teman di meja makanmu,
Mereka masih menyayangimu.
Adik,
Jangan kau banding kasih mereka
Dengan kasih ayah ibu,
Kasih ibu tidak pernah mencela kita,
Baik buruk kitalah anaknya,
Kerana itu aku katakan
‘Engkau masih muda untuk tahu’
‘erti dewasa sebuah kehidupan’
Adik,
Jangan diukur kasih mereka dengan wang
Kerana mereka masih berhutang keliling pinggang
Jangan terus meminta kasihan
Tapi ringankan amal kebajikan
Jangan dihitung balasan
Tapi hitung pekerjaan
Jangan di hitung butiran percakapan
Ia bukan takaran kasih sayang
Adik,
Seharusnya engkau tahu,
Keluarga kita bukan seteru,
Kita semua satu sekutu,
Kita masih seperti dulu,
Cuma engkau kurang tahu.
Adik,
Ibu ayah telah pergi,
Tapi kami masih disisi,
Menemani walau sepi,
Mendoamu dari hati,
Biar engkau masih tidak mengerti,
Tapi sematkan di hati,
Engkau masih bongsu kesayangan kami...
Dengan kasih ayah ibu,
Kasih ibu tidak pernah mencela kita,
Baik buruk kitalah anaknya,
Kerana itu aku katakan
‘Engkau masih muda untuk tahu’
‘erti dewasa sebuah kehidupan’
Adik,
Jangan diukur kasih mereka dengan wang
Kerana mereka masih berhutang keliling pinggang
Jangan terus meminta kasihan
Tapi ringankan amal kebajikan
Jangan dihitung balasan
Tapi hitung pekerjaan
Jangan di hitung butiran percakapan
Ia bukan takaran kasih sayang
Adik,
Seharusnya engkau tahu,
Keluarga kita bukan seteru,
Kita semua satu sekutu,
Kita masih seperti dulu,
Cuma engkau kurang tahu.
Adik,
Ibu ayah telah pergi,
Tapi kami masih disisi,
Menemani walau sepi,
Mendoamu dari hati,
Biar engkau masih tidak mengerti,
Tapi sematkan di hati,
Engkau masih bongsu kesayangan kami...
Tambunan, Sabah,11.5.09/ 11.05 mlm
No comments:
Post a Comment