Laman

Sunday, May 24, 2009

Rayuan Seorang Hamba Berdosa

Ya Allah..
Kami hadir lagi..
kami kembali kepadaMu…
HambaMu berdosa…
Terus melakukan dosa..


Terampunkah dosa kami yang menggunung tinggi melaut luas ini?
Sedangkan taubat kami jarang hadir dalam sujud kami…
Sedangkan doa taubat kami jarang kedengaran di malam hari…
Sedangkan air mata taubat belum jua menitis ke pipi…

Terampunkah dosa kami yang lalu, kini
Dan masa hadapan yang belum pasti?
Sedangkan kami terus sebati dalam lumpur dosa yg hina lagi keji…

Ya Allah…
Kami bukan nabi atau malaikat..
Kami hanya hamba biasa…
Janganlah Kau hukum kami kerana kejahilan dan kehinaan perbuatan kami..

Kami lemah Tuhan….
Disaat kami merasa dekat kepadaMu …
Semakin hebat godaan syaitan menghampiri…
Sehingga kami terkapai-kapai lagi …
Dalam mereguk cintaMu…

KataMu Engkau akan mendekat saat kami kembali mendekat padaMu,
Saat kami memanggil namaMu penuh syahdu…
Ketika tiada manusia yang tahu,
Hanya hati kami sendiri merintih pilu atas dosa lalu…

Tapi Tuhan,
Janganlah Kau menjauhi kami walau kami lupa padaMu,
Walau kami jarang menyebut namaMu,
Walau doa kami jarang kedengaran,
Walau kami jauh beribu batu dariMu..
Tetaplah disisi kami...

Kami tahu kami berdosa..
Tapi kami tidak mampu hidup tanpa redhoMu disisi…
Ampunkanlah kami yang berdosa,
Hanya Engkau Maha Sempurna..

Iman kami selalu ingin kembali padaMu…
Namun nafsu kami lebih kuat menahani..

Ampunkanlah kelemahan kami..
Dekatlah dengan kami selalu,
Pedulikanlah kami,
Sekilas pandanglah kami...

Kami yang lemah ini Tuhan…
Ingin lagi kembali kepadaMu.
Kami masih lagi meyakini Engkau hanya Satu-satunya Tuhan kami…

Engkau menciptakan kami dengan kasih sayang,
Engkau jaga kami dengan penuh perhatian,
Engkau kurniakan kami rezeki yg cukup,
Engkau beri kami udara agar kami terus hidup,
Engkau cukupkan keperluan kami di dunia…
Maafkanlah kami kerana kurang bersyukur padaMu..

Ya Allah,
Tuhan yang mendekat pada hamba-Nya yg ingin mendekat kembali,
Dengarlah rayuan iman kami..
Ampunkanlah kami andai iman kami belum sempurna padaMu…
Kami tahu kami hina..

Kami hina!

Ampunkanlah kami Tuhan..

Jika kebajikan kami disukat, kami tidak mampu meraih syurgaMu,
Kami tidak layak berhimpun di syurgaMu…

Tapi Tuhan..
Kami yang juga meyakini neraka itu wujud,
Kerana itu kami juga tidak sanggup menghadapi api
nerakaMu yg terdiri dari jin dan manusia…

Tuhan Yang Maha Melihat dan Mendengar…
Tuhan Yang Maha Pengampun…

Kami berdosa lagi..
Ampunkanlah kami Tuhan..
Janganlah kau biarkan kami terus hina di dunia ini
dan di akhirat tanpa pengampunan dariMu…

Kami sangat inginkan ampunan dariMu..
Kami tidak layak untuk berdoa kepadaMu…
Kerana kami ini berdosa…
Kami MALU Tuhan!

Tangan yang menadah ini, tangan ini juga yang berbuat dosa…
Hati yg merintih ini, hati ini juga penuh noda…

Ya Allah…
Kami sangat ingin ampunan dariMu sentiasa,
Ampunilah kami Tuhan,
Janganlah Engkau hukum kami kerana satu dosa yg Engkau sangat murka...
Kami jahil Tuhan...
Kami hanya manusia yg selalu ditimpa dosa,
Selalu mengundang amarahMu…

Maafkanlah kami lagi Tuhan…
Kami ini juga Hambamu…
Janganlah Kau hinakan kami di hari akhirat kerana dosa kami didunia…

Ampunkanlah kami…
Sujud solat kami masih tidak sempurna,
Khusyuk kami masih kabur,
Ikhlas kami masih rapuh,
Iman kami terus berbolak balik..

Ampunkan kami Tuhan…
kami hambaMu juga Tuhan,
Kami juga ingin ke syurgaMu,
Walau kami tahu kami tidak layak,
Kami ingin juga bertemu dengnaMu,
Kerana kebahagian sejati hanya tatkala kami dapat bertemu denganMu…

Ampunkanlah kami,

Ampunkan kami lagi…

Dekatlah pada kami...

Izinkan kami merasa kehadiranMu dihati,
Peganglah iman kami…
Jiwa kami ditanganMu…
Takdirkanlah yg terbaik untuk kami,
takdirkan pengakhiran kami baik ,
Agar Engkau tidak berpaling dari merahmati kami…

Ya Allah…

Ya Allah…

Ya Allah…

Dengarlah doa kami…
Kami yang berdosa…
Ingin kembali kepadaMu..
Ampunkanlah kami…
Masih belum sempurna sebagai hambaMu…

Ya Allah…

Ya Allah…

Ya Allah….

No comments: