Ibu…
Dengarlah bisik hatiku…
Bisik rindu menggamit kalbu…
Kenangan kita sewaktu dahulu..
Itulah penawar rinduku…
Ibu…
Bersalahku mengunci cinta…
Selafaz cinta untukmu..
Terus kaku sehingga kini…
Hingga engkau terus menyepi…
Ibu…
Ku tahu kau rindu…
Rindu kepada pujuk kataku…
Rindu senyum dibibirku…
Rindu dakapan aku anakmu…
Tapi ia hanya mimpi malammu..
Ibu…
Pusaramu telah lama tidak aku kunjungi…
Pusara ayah ditumbuhi lalang meninggi…
Kerana kehidupan menarikku pergi…
Tapi doaku masih mengiringi…
Ibu…
Segalanya selalu terlambat…
Sehingga engkau pergi tanpa tatap…
Tatap wajahku di hari terakhirmu..
Tatap bibirku mengukir cinta rindu…
Ibu..
Engkau pun terpaksa pergi..
Aku menangisi…
Bagaimana harus ku ubat rindu…
Bagaimana mampu ku lupakanmu..
Dalam doa aku menangis lagi..
Ibu..
Aku rindu dirimu dan ayah…
Aku rindu pelukmu sekali lagi..
Aku rindu mendengar suaramu..
Aku rindu ibu…
Ya Allah…
Ini takdirmu…
Ini ceritaku anak yatim piatu…
Engkau temaniku dalam tangisku malam hari..
Engkau juga tahu hatiku rindu…
Oleh itu..
Dengarlah doaku lagi..
Sampaikanlah salamku tanpa henti..
Rahmatilah mereka selalu..
Kurniakanlah mereka syurga untuk mereka bersatu…
Dan…
Izinkanlah kami bertemu kembali…
Untuk ku benar-benar memeluknya sendiri…
Kerana aku masih terus merindui…
Pelukan ibuku yang sejati…
‘Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kama rabbayani soghiro…amin Ya Mujib’
Dengarlah bisik hatiku…
Bisik rindu menggamit kalbu…
Kenangan kita sewaktu dahulu..
Itulah penawar rinduku…
Ibu…
Bersalahku mengunci cinta…
Selafaz cinta untukmu..
Terus kaku sehingga kini…
Hingga engkau terus menyepi…
Ibu…
Ku tahu kau rindu…
Rindu kepada pujuk kataku…
Rindu senyum dibibirku…
Rindu dakapan aku anakmu…
Tapi ia hanya mimpi malammu..
Ibu…
Pusaramu telah lama tidak aku kunjungi…
Pusara ayah ditumbuhi lalang meninggi…
Kerana kehidupan menarikku pergi…
Tapi doaku masih mengiringi…
Ibu…
Segalanya selalu terlambat…
Sehingga engkau pergi tanpa tatap…
Tatap wajahku di hari terakhirmu..
Tatap bibirku mengukir cinta rindu…
Ibu..
Engkau pun terpaksa pergi..
Aku menangisi…
Bagaimana harus ku ubat rindu…
Bagaimana mampu ku lupakanmu..
Dalam doa aku menangis lagi..
Ibu..
Aku rindu dirimu dan ayah…
Aku rindu pelukmu sekali lagi..
Aku rindu mendengar suaramu..
Aku rindu ibu…
Ya Allah…
Ini takdirmu…
Ini ceritaku anak yatim piatu…
Engkau temaniku dalam tangisku malam hari..
Engkau juga tahu hatiku rindu…
Oleh itu..
Dengarlah doaku lagi..
Sampaikanlah salamku tanpa henti..
Rahmatilah mereka selalu..
Kurniakanlah mereka syurga untuk mereka bersatu…
Dan…
Izinkanlah kami bertemu kembali…
Untuk ku benar-benar memeluknya sendiri…
Kerana aku masih terus merindui…
Pelukan ibuku yang sejati…
‘Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kama rabbayani soghiro…amin Ya Mujib’
No comments:
Post a Comment