Laman

Tuesday, May 12, 2009

Cinta Sepi


Mampukah terus menahan cinta?
Sedangkan hidup tidak menjanji setia,
Harus sampai bila menanti cinta?
Sedangkan ia telah hapus dari jiwa,
Haruskah hati menangisi?
Kerana belas cinta dia yang bersemi,
Masihkah mampu hati menipu?
Sedangkan dia masih setia menanti,
Mungkinkah bertaut kembali?
Cinta yg disemai setulus hati,
Haruskah memendam lagi?
Sedangkan masing2 keliru memahami,
Kecewakah hati?
Hingga kini masih berdiam diri,
Jauh sudah melempar benci,
Yang ada hanya kasih sejati,
Mungkinkah maaf disuguhi?
Sedangkan hati tidak pernah menyesali,
Masihkah mahu terus berpuisi?
Sedangkan hati semakin menjauhi,
Dari kebenaran yang sepi,
Bahawa engkau masih ku nanti.

Tambunan, Sabah, 11.24 mlm, 12.5.09

No comments: