Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Aku hanya terus memerhati.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Aku hanya reti memendam rindu.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Hanya tahu mengundang sakit di hati.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Hanya senyum bila menyenangimu.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Hingga aku keliru nilai kasih untuk ibu.
Ibu…
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Tapi puisi itu bukan takaran cintaku,
Aku menghormatimu sedari dulu,
Walau aku masih menyakitimu,
Aku berusaha tanpa puisi,
Untuk membahagiakanmu.
Ibu…
Hingga saat ini aku masih tidak reti berpuisi,
Aku cuba karang dari hati,
Tetapi hanya ini puisiku untuk ditatapi,
Kerana…
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi.
Aku hanya terus memerhati.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Aku hanya reti memendam rindu.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Hanya tahu mengundang sakit di hati.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Hanya senyum bila menyenangimu.
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Hingga aku keliru nilai kasih untuk ibu.
Ibu…
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi,
Tapi puisi itu bukan takaran cintaku,
Aku menghormatimu sedari dulu,
Walau aku masih menyakitimu,
Aku berusaha tanpa puisi,
Untuk membahagiakanmu.
Ibu…
Hingga saat ini aku masih tidak reti berpuisi,
Aku cuba karang dari hati,
Tetapi hanya ini puisiku untuk ditatapi,
Kerana…
Aku yang kau kenal tidak reti berpuisi.
No comments:
Post a Comment