Laman

Thursday, May 7, 2009

Makan Sambil Berdiri

Sesungguhnya makan sambil duduk itu sunnah Rasulullah. Malah baginda tidak pernah bersandar ketika menjamu makanan sedangkan itu satu perkara yang akan menyenangkan dirinya.
Lihat situasi sekarang, sekurang-kurangnya terlintas di fikiran dua perkara mainan Barat yang dilakukan untuk kita menidakan sunnah baginda.
Pertama, makan sambil berdiri. Ahli Hadith tidak akan sekali-kali mengambil riwayat hadith dari orang yang makan sambil berdiri. Pada mereka, orang begitu telah hilang ciri-ciri Muslim soleh. Sejauh mana Barat memujuk kita menjauhi sunnah baginda tanpa kita s
edari? Kadang-kala kita marah ataupun terangkat kening jika melihat mereka yang dewasa makan dan minum sambil berdiri. Tapi kita tidak sedar, kita juga pada masa yang sama sedang mengunyah gula-gula sambil berdiri. Lihat betapa licik Barat memperdayakan iman kita. Maksudnya, Barat mencipta gula-gula untuk merosakan akhlak kita tanpa kita sedari kerana tiada sesiapapun pernah marah jika melihat kita makan gula-gula sambil berdiri. Mereka terus menempa kejayaan hasil dari kebodohan kita.
Kedua, Rasulullah tidak pernah bersandar ketika makan, namun Barat mempelawa kita duduk di atas kerusi yang sandaran belakangnya terbuat dari span yang lembut. Apah salahnya? Salahnya apabila kita sudah kenyang, terus bersandar, kita akan menjadi malas. Kita memanjangkan perbualan kerana selesa sedangkan kita tidak perlu
memperuntukan masa yang lama untuk makan. Tambahan lagi, apabila kita selesa makan di kerusi, ia menggalakan kita untuk makan dengan banyak. Kalau kita rasa kenyang, kita bersandar, setelah itu kita sambung lagi makanan yang bersisa. Cuba kita bezakan, di antara kerusi yang mempunyai sandaran belakang dengan yang tidak, mana satukah yang membuat anda lebih selesa untuk duduk ketika makan? Tepuk dada tanya selera.
Itulah rencana Barat, begitu licik memporak-perandakan akhlak muslim dari sekecil-kecil hal sehingga manusia tidak sedar dan terus mengangkut segala cara hidup mereka sehingga ke dalam rumah yang pasti kebanyakan cara hidup mereka menjauhkan kita dari sunnah baginda S.A.W. Itulah kita, terus menerima cara hidup mereka, tapi tidak mahu mendalami sunnah baginda yang mulia.
-Wallahua’lam-

No comments: