Laman

Monday, May 11, 2009

Cerita Syirik: Dimana Allah?

Orang Islam dimurtadkan oleh pemikiran syirik orang Islam sendiri. Entah apa yang membuai hati penulis skrip untuk menghasilkan cerita-cerita karut tentang makhluk jin dan syaitan. Mempertontonkan sepotong ayat Allah di setiap ujung cerita seperti mempermainkan al-Quran dan memperlekehkan kekuasaan Allah. Entah apa yang merasuk fikiran mereka, mungkin duit kerana fenomena orang melayu sekarang sangat suka menonton dan mendengar cerita-cerita tahyul perihal ‘kekuasaan’ jin dan syaitan.

Industri filem di Malaysia semenjak dulu cetek perihal spiritual Islam. Cerita yang digarap kebanyakannya menggambarkan penulis itu sendiri menghidap penyakit ‘spiritual holloweness’. Hati yang dipandu oleh Iman tidak mungkin akan membuat penulis menintakan cerita-cerita yang tahyul mengarut yang memungkinkan kemurtadan penonton. Kelewon, Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur dan terbaru Ceplos di TV9 benar-benar racun yang sedang hebat menyerang saraf-saraf keimanan orang Islam secara tidak sedar. Cerita-cerita begini di klasifikasikan sebagai tayangan umum yang mudah dicernakan oleh setiap lapisan umur dan tingkat keimanan seseorang. Sampai bila orang Islam perlu disogok oleh cerita-cerita tentang Jin dan Syaitan ini? SEDIH! Manusia semakin terpelajar tapi masih bodoh menerima cerita sebegini. Kalau diri kurang beriman, janganlah diajak manusia lain mengikut cara kita yang kurang siuman sehingga mereka syirik kerana hasil karya kita sendiri. Itu menempah NERAKA namanya. Dimana cebisan iman di hati?

Ceplos sebuah cerita yang betul-betul memperlihatkan si Ipin seorang yang mushrik! Dimurtadkan oleh Ceplos. Jelas sekali Ipin meminta pertolongan dari Ceplos (Jin) untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kita memberi alasan, ‘bukan Ipin yang mahu berteman dengan Ceplos, tapi Ceplos yang berusaha mendampinginya’ Itulah kerja Jin dan Syaitan, menyesatkan manusia, mendampingi mereka dengan pujukan demi pujukan, Ipin itu satu karekter yang kosong Iman! Ironinya, penonton tidak memandang perbuatan Ipin bertemankan Ceplos sebagai syirik dan memberi keburukan kepada orang lain kerana watak musyrik Ipin dikaburi oleh watak protagonistnya dalam drama tersebut dan juga peranan Ceplos yang sentiasa menolong kepada jalan penyelesaian.

Bilang berapa kali Ipin membaca ayata-ayat al-Quran untuk menghalau ‘hantu’ semua? Berapa kali Ipin menyebut Allah? Berapa kali Ipin menyuruh dirinya berdoa kepada Allah? Perhatikan, setiap kali masalah sampai kepadanya, terus meminta Khidmat Ceplos! Jin dan syaitan memurtadkan kita bukan saja dengan cara kaburukan bahkan dengan cara kebaikan juga yang kabur difahami oleh iman yang cetek! Walaupun Ceplos menolong kepada kebaikan, itu tetap syirik!syirik!syirik! Dimana Allah? Seolah-olah cerita Ceplos ini tidak bertuhankan Allah! Tetapi bertuhankan Ceplos! Memperkecilkan kehebatan ayat al-Quran, tidak sekalipun ayat al-Quran dibaca untuk menundukan syaitan dan Jin. Jika ayat al-Quran dibaca oleh Ipin, degan Ceplos sekali lari lintang pukang, ini menunjukan watak Ipin sebagai seorang yang kurang mendirikan solat. Si Ceplos itu jika dibackan ayat al-Qursi terbakar dirinya. Rasulullah berkeringat saat ayat al-Qursi diturunkan oleh lebih kurang 10,000 ribu malaikat. Khuatir jika drama Ceplos ini memungkinkan mereka yang cetek ilmu agama, rendah iman memilih untuk berkawan dengan Ceplos dalam alam nyata dengan alasan Ceplos digunakan untuk menolong kepada kebaikan! Satu cerita yang akan menjahanamkan iman umat Islam dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Keberadaan Allah seperti tidak wujud dalam cerita ini, bahkan enak pula memaparkan sepotong ayat al-Quran di hujung cerita, MEMPERALASANKAN AYAT AL-QURAN! Mereka sedar jika ayat al-Quran tidak dilampirkan sekali, drama mereka akan dicopkan syirik dan khurafat sedangkan mereka tahu ayat al-Quran dilampirkan semata-mata untuk lepas dari saringan filem. Orang Islam diperbodohkan oleh orang Islam sendiri yang menghumban dirinya kepada Jahannam dan menarik orang lain turut sama jahannam. Siapa yang untung? Si Syaitan Ceplos jugak! Berjaya mencelakakan manusia kepada neraka. Siapa yang rugi? Tanyalah diri sendiri!
Tambunan, Sabah
11.5.09
8.69 mlm

No comments: