Laman

Monday, May 25, 2009

Surat untuk Orang Kampung 1

Tulisan ini adalah tanda betapa sayangnya seorang Muslim kepada saudara Islamnya terutama yang berada di kampung yang pasti cabaran iman tidak kurang hebat menguji kehidupan sebagai orang Islam. Alhamdulillah, peratusan orang masuk Islam semakin meningkat dari hari ke hari, pelbagai program bercorak agama semakin galak ditayangkan di kaca televisyen. Tetapi, sayangnya ramai lagi orang Islam yang dari kecil hidup sebagai orang Islam masih lagi tidak faham Islam.

Orang Kampung yang dikasihi, Islam itu tidak cukup solat lima waktu, puasa bulan ramadhan, keluarkan zakat ataupun menunaikan haji. Islam itu DEEN iaitu satu agama yang dijadikan sebagai CARA HIDUP. Islam bukan saja di masjid, majlis tahlil atau kenduri kahwin. Contohnya, seorang wanita kampung keluar ke masjid, selalu ke masjid, belum masuk waktu lagi sudah berada di masjid, selepas itu pulang. Bagusnya dia, bini siapa? Menantu siapa? Ibu siapa? Syurga bagi mereka? Tapi, lihat pula waktu dia tidak kemasjid. Contohnya, dia membasuh baju, lepas itu keluar ke laman rumah menyidai pakaian, BERKEMBAN! Tergugat iman tok iman pun boleh, ustaz-ustaz di kampung yang melihat. Dimana ISLAM? Kenapa DIDEDAHKAN AURAT? ITU SUDAH KETERLALUAN, ia bukan sekadar Nampak lengan (aurat juga) tapi lebih dari itu? DIMANA MALU? Tutuplah, bukan susah pun, selalu kenduri kendara pakai baju baru, jadi tidak boleh cakap tidak cukup kain, selalu ke masjid, dengar ceramah tapi masih lagi BERKEMBAN. Tahu apa hukumnya? ALLAH dan NABI kata; HARAM!

Mak cik, kakak-kakak, JANGAN BEGITU, NERAKA HABUANNYA! Tutuplah aurat, janganlah berkemban di depan rumah, waktu menjemur kain, atau duduk di tangga. Janganlah berkemban ke kedai runcit walaupun kedainya hanya dua tiga langkah boleh sampai, BERDOSA. Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Isra’ Mi’raj melihat RAMAI WANITA MENJADI AHLI NERAKA! Janganlah kita jadi bahan api neraka yang terdiri dari manusia , jin dan batu-batu. Yang ada anak kecil, janganlah diselak baju didepan orang ramai untuk menyusu anak. Pelik, setelah kahwin, rasa malu semakin berkurang. Jangan begitu. Lagi satu masalah tudung. Janganlah pakai tudung waktu ke masjid, ada kenduri atau nak ke Pasar atau Mydin. Tutuplah rambut itu saat keluar dari rumah, tak kisahlah nak jemur kain ke, nak tengok pokok bunga ke, nak beli ikan ke. Tutuplah kepala, dengan kain tuala ke, tudung saji ke, asalkan orang lelaki bukan mahram tak dapat tengok, ALHAMDULILLAH. Dosa tidak memakai tudung mahupun berkemban tidak kira orang, bini ustaz ke, bini tok imam ke, taukeh beras ke, suri rumah ke, DOSA TETAP DOSA. Tahu hukum menampakan rambut dikhalayak ramai apa? HARAM juga! Kalau ada anak perempuan, WAJIB tutup rambut nak keluar rumah.

Ada lagi masalah kaum wanita ini, MENGUMPAT, tidak mengira umur mahupun tempat, di kampung ke , bandar ke, MENGUMPAT itu perkara yang sangat digemari manusia tapi SANGAT DILAKNAT ALLAH! INNA LILLAH HI WA INNA ILAIHI RA’JIUN.

Apa itu mengumpat?Bahasa senangnya, MENGATA KEBURUKAN ORANG LAIN, bahasa susah sikitnya MENGATAKAN KEBURUKAN ATAU KEBAIKAN YANG TIDAK DISENANGI OLEH ORANG YANG DIUMPAT ITU DENGAN MENYEBUT NAMANYA ATAPUN BAGI KLUE ORANG TERSEBUT [KITA MENCERITAKAN SESUATU YANG TIDAK DISENANGI SI DIA TANPA PENGETAHUANNYA {KADANGKALA HAL BAIK YANG DICERITAKAN PUN BOLEH JADI TIDAK DISENANGI SI DIA, MESTI FAHAM TU]. “aloh! Hok tu la, rumoh dekat pokok buloh tu, makan rasuah tu, kata hudoh pasal mu.” AMBOI! Sukanya mengata orang ya, ingat, Malaikat tengah catit tu, KITA DAPAT DOSA ORANG YANG DIUMPAT DAPAT PAHALA. Kenapa nak mengumpat pasal orang? Manusia itu tidak sempurna, bukan nabi, ada cacat celanya, macam kita juga. Kalau kita benci, marah orang umpat kita, jadi janganlah kita mengumpat orang lain. Kalau kita tidak mengumpat, ornag tidak akan akan mengumpat kita. Caranya tegur kesalahan dia, JANGAN BAWA MULUT, kalau tidak mampu diam saja. JANGAN BAWA MULUT. Tak Ada kerja lain kah nak buat, berbakul-bakul dosa yang belum tentu terampun, tambah lagi dosa lain. Jangan plastikkan iman!

Semua pasal kaum wanita saja? HAL AYAH-AYAH, PAK-CIK, abe-abe, bro-bo pun ada,

MEROKOK? Berapa duit sudah habis? Berapa kotak sudah beli? Kaya cina, pokai kita. Letih menukang rumah dari pagi sampai petang, duit untuk beli beras dibeli rokok. Apa hukumnya? MAKRUH? Itu hukum peniaga, bagi laku rokok yang dijual.
HUKUM MEROKOK YANG DIKELUARKAN OLEH FATWA DI IRAN ADALAH HARAM!HARAM!

SETIAP SEDUTAN ADALAH HARAM?

KENAPA HARAM? PAK CIK BELI DENGAN DUIT HALAL!

MEROKOK ITU MEMBAZIR PAK CIK, saudara syaitan! Tak nak lah kawan dengan pak cik.

Merokok itu seperti MEMBUNUH DIRI SECARA TIDAK SEDAR!

Nabi kata, orang yang bunuh diri ini masuk neraka dan dalam neraka dia akan bunuh diri juga, tapi tidak mati. Kalu di dunia dia bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi, dalam neraka pun buat benda sama. Tahukan? Selalu dengar ustaz mengajar.

Merokok pun sama, bunuh diri secara tidak sedar, mungkin dalam neraka balasannya pun sama tapi lagi azab. Seperti bawa motor laju, langgar tiang elektrik, mati, BUNUH DIRI JUGA. Benda sama cuma cara lain. Susah nak berhenti? PUASA! Ramadhan boleh tak kan waktu biasa pun tidak boleh. Ni, hukum JELAS HARAM, TAK NAK BERTAUBAT LAGI? SILap- silap mati masa sedut rokok, macam mana tu? Pesanan anak muda di kampung, bawalah motor tu slow-slow, jangan merokok.
HIDUP SEKALI TAPI HIDUP DI NERAKA BERKALI-KALI.

Pak-cik kalau berhenti merokok, banyaak pahala free dapat. Pak cik yang ada bini, anak perempuan, pesan, WAJIB TUTUP AURAT, JANGAN BERKEMBAN, tayang dada, tunjuk rambut. HARAM PAK CIK, pak cik pun dapat free dosa sebab tidak larang, mereka tanggungan pak cik, jangan buat-buat lupa pula. Malaikat tidak lupa catit kiri kanan. Bagi yang ada lembu, kambing, JAGA, JANGAN BAGI MASUK TANAH ORANG tanpa kebenaran, HARAM! Nanti nak buat korban tidak boleh, tak yakin daging lembu itu halal atau tidak, makan tanaman orang, kena caci maki oleh orang kampung. Tapi peliknya, waktu kenduri kahwin boleh pula sembelih lembu itu? Mana satu halal mana satu haram? Orang putih kata ‘konfius!’.

Itu sahaja untuk permulaan, MAKSIAT ini bukan terjadi di kampung kita sahaja, kampung mana-man pun sama. Islam agama yang mengajar memberi nasihat antara satu sama lain. Nabi cakap ;sampaikanlah dariku (kebaikan ajaran agama) walau satu ayat. Sebar-sebarkanlah. KALAU Allah nak turun bala, bala kemarau, banjir besar, penyakit lembu gila, kecurian berleluasa akan terkena satu kampung. Kenapa? Yang buat jahat itu, sah-sah dapat bala, tapi yang mendengar, melihat, mengumpat tanpa menegur , menasihat pun dapat sama, sebab tak nak tolong saudara Islamnya dari kemaksiatan. BERDOSA juga.

Sesungguhnya, kebenaran itu sakit untuk ditelan tapi WAJIB disampaikan.
Wassalam ^;^

No comments: