Laman

Monday, May 25, 2009

Surat untuk Orang Kampung 2

BERIMAN KEPADA ALLAH

Adakah cukup dengan mempercayai kewujudun Allah dan sifat tunggal-Nya sahaja?

Jika begitu, sempurnalah iman seseorang.

Orang kampung yang disayangi,

BERIMAN ITU PERCAYA DENGAN HATI, DILAFAZKAN DENGAN LISAN [syahadatain] DAN DIZAHIRKAN DENGAN AMALAN (SOLEH).

Bagaimana?

Beriman dengan hati adalah dengan mempercayai dan meyakini segala yang terjadi di dunia ini, segala yang diperintahkan juga dilarang semuanya perlu dipercayai terhadap segala yang ditentukan Allah tanpa sebarang penolakan dengan YAKIN dan HUSN ZAN (bersangka baik).

Sebagai contoh, dalam politik, kalau pak cik tidak suka parti yang memperjuangkan agama Islam, kepimpinan ulama’, yang tidak mementingkan duit, ingin menjalankan hukum hudud, maka janganlah lantang mengutuk mencaci pemimpin dan cara yang di bawa. Kalau kita tidak ada ilmu tentang politik, dan kita ikut sahaja, jangan main-main dengan kata-kata, mencaci mengutuk, JANGAN! Kenapa? Pakcik mak cik, itu adalah PENGHINAAN TERHADAP ALLAH, mereka hanya ingin menegakan agama Allah, jadi kenapa pak cik mak cik nak marah atau tidak setuju? Itu DERHAKA KEPADA ALLAH namanya. BERTAUBAT sebelum kematian datang, uban dan makin banyak di kepala, kulit semakin berkedut, gigi semakin rongak, mata semakin kabur, otak semakin nyanyuk, jalan semakin bongkok, telinga semakin pekak. KUBUR KATA PANGGIL, RUMAH KATA PERGI. Jadi, kalau kita tidak setuju pun jangan kutuk! Bukan sebab parti, tapi sebab ajaran yang dibawa itu dari Allah. JANGAN LAWAN ALLAH. Pak cik mak cik, jika kita kurang ilmu, kita kena belajar, kalau sedar kurang ilmu, hanya ikut telunjuk atau kata orang sahaja, entah betul atau salah jangan kita mengata ajaran yang dibawa oleh parti tersebut. Sebenarnya, ajaran yang dibawa parti tersebut sama sahaja dengan ajaran yang dibawa Nabi kita, TIADA BEZA!

Pak cik mak cik, cuba tanya diri, jangan beritahu orang lain. Duduk diam, tanya hati kita, kenapa kita pangkah parti tersebut? KENAPA? Sebab duit? Sebab nak subsidi beras waktu banjir? Sebab nak duit lebih? Alah, pak cik, setakat duit tu, pak cik jual lembu kambing pun dapat. Nabi Muhammad datang tak offer duit pak cik, tapi apa Nabi kita offer? Dia offer duit yang HALAL! Saya tidak cakap duit yang pak cik terima itu haram, sebab itu bukan duit kerajaan, ITU DUIT KITA, RAKYAT. Jadi kalau pak cik pangkah BULAN pun pak cik dapat duit jugak. ITU DUIT KITA PAK CIK. Pak cik bayar road tax motor itu, duit masuk tabung kerajaan. Jadi tak ada alasan untuk kerajaan tidak memberi subsidi ke, duit pampasan ke kalau pak cik tidak pangkah mereka. Tapi kenapa mereka tidak berikan kepada ahli parti lain? Sebab mereka INGAT ITU DUIT MEREKA, dan mereka TIDAK CUKUP DUIT. Buat apa dengan berjuta duit kerajaan peruntuk? Nak tahu? BUAT BENDERA! BUAT RASUAH ORANG SEPERTI PAK CIK YANG MEREKA FIKIR ORANG KAMPUNG BODOH (TAPI PAK CIK TIDAK BODOH!) SUPAYA PAK CIK PANGKAH BENDERA MEREKA. Kita orang kampung kena celik pak cik, CELIK HATI! Anak muda di Bandar yang berilmu gagal dia sogok dengan rasuah sebab mereka pandai berfikir, jadi dia jadikan pak cik dan kawan-kawan pak cik sebagai kambing hitam kelabu untuk pangkah dalam pilihan raya sebab undian pak cik itu dengan ornag muda di Bandar itu sama saja, 1-1. Betul tak? Kami di Bandar sudah celik, nak celikkan orang di kampung pula.

Dah tanya hati belum?

Pak cik, duit itu boleh di cari selain rasuh, bagai mana rasuah? Contohnya mereka datang rumah pak cik bagi kain pelekat, beras satu guni, bila nak balik mereka pesan, “jangan lupo tuh pakoh alek kawe!nanti menang buleh wak pembangunan di kampung ni”. Pernah kena? jangan terkena. HARAM DUIT itu! API NERAKA DOK JULANG-JULANG NAK SAMBAR TUBUH ORANG MAKAN RASUAH ATAU DUIT HARAM.

Pak cik, kita sudah tua, duit, subsidi, harta kereta, basikal tua pun tidak boleh bela kita soal jawab dengan Mungkar Nakir dalam kubur pun. Tahukan, jadi buat apalah nak cari duit dengan cara tidak betul? Nak kaya ke? Boleh! Nak cepat kaya? Boleh! Tapi dengan syarat; DUIT HALAL. Macammana? Ternak ayam banyak-banyak, boleh duit, pikul beras boleh, apa susah. Pak cik, kalau pak cik pangkah bulan, lepas tu orang kerajaan tak nak bagi subsidi atau mana-mana duit yang diberikan waktu pak cik jadi orang dia, pak cik boleh pergi ketuk rumah ia, minta duit itu! ITU DUIT RAKYAT! Kenapa pilih kasih? Dalam belanjawan, peruntukan wang kepada rakyat tidak mengira kaum dan parti. Apa sudah jadi? Habis, mana mahu bawa duit lebih itu pergi? Masuk pokek sendiri. Pak cik yang rugi. Tapi pak cik, kalau pak cik tidak dapat duit itu pun tidak mengapa, kita bukan hidup sebab nak duit banyak, TAPI NAK KAUT UNTUNG PAHALA BANYAK-BANYAK buat bekalan akhirat. Pak cik ikut parti yang ikut ajaran Islam, pahala ikut pak cik, selagi pak cik ikut parti tersebut wlaaupun itu bukan waktu mengundi, walaupun pak cik tidak melakukan ajaran yang digalakan oleh parti tersebut sebagaimana Islam ajar. KENAPA? Sebab itu tanda KEIMANAN PAK CIK TERHADAP ALLAH melalui hati. Hah! Sudah lepas satu tahap? Maksudnya, BERIMAN KEPADA ALLAH TIDAK CUKUP DENGAN MENGUCAP DUA SYAHADAH saja, orang kafir pun boleh! Tapi apa yang membezakan syahadah kita dengan mereka?
KEIMANAN KITA TERHADAP ALLAH DENGAN HATI YANG YAQIN TERHADAP KEESAANNYA DAN SEGALA PERINTAH DAN LARANGANNYA.

Sudah insaf?

Kita makin tua pak cik, BEKAL UNTUK KE AKHIRAT KURANG, MACAMMANA NAK MASUK SYURGA?MACAMMANA NAK LUAS KUBUR SEPERTI TAMAN SYURGA? Islam itu jangan bila sebut islam, terus ingat masjid, TIDAK! Islam itu semua cara hidup kita perlu masukan agama Islam. Bgaimana? Makan minum, buang air, bercakap, berjalan semuanya perlu kepada agama Islam. Contohnya, waktu mengundi, tiba waktu nak pangkah parti, Hah! AGAMA ISLAM JANGAN DI LUPA! Pangkah lah parti yang membawa ajaran Islam. Parti yang mengajak tutup aurat, selalu ke masjid, dengar ceramah agama. Jangan tinggal Islam diluar dewan mengundi pak cik, BERDOSA BESAR! JANGAN KATA POLITIK tiada kaitan dengan Islam. Nabi tidak pernah kata politik lain, agama lain, kalau tidak kerana politik cara Islam yang di ajar nabi Mulia kita 1400 tahun lalu, kita masih lagi kafir pak cik. Bagaimana? Islam tersebar sebab politik yang betul, cara Islam, datang ke tanah melayu, guna hukum Islam, ada sultan sampai sekarang. Semua itu sebab politik yang digandingkan dengan ISLAM. Siapa yang pandai-pandai kata POLITIK LAIN, ISLAM LAIN, BERDOSA! Nak kata kafir, takut marah, Jadi berDOSA BESAR! KENAPA? Sebab pandai-pandai nak ubah perintah Allah. Allah kata gitu, nak buat gini. Pandai nak tipu daya, Ingat, ALLAH ITU TIPU DAYA DIA LAGI AGUNG.
Po chu kang kata, DON’T PLAY-PLAY! NABI kata, JANGAN MAIN-MAIN DENGAN HUKUM ALLAH!

Nabi kan pak cik, hidup dia doif dan sangat fakir. Kalau Nabi hidup loni, patut dia terima subsidi, zakat, semualah duit tu. Tapi nabi haram terima sedekah sehingga kalau orang nak bagi sedekah sebiji kurma pun nabi tolak, kalau nabi jumpa sebiji kurma dalam rumah dia, dan takut kalau itu kurma sedekah, cepat-cepat dia sedekah kan kepada orang lain. Sebiji kurma saja pak cik, makan sajalah kalau bagi kita, tapi nabi tidak, ALLAH TIDAK AJAR NABI GITU DAN NABI PUN TIDAK AJAR KITA GITU , walaupun nabi miskin, lapar, tapi dia tidak ambil pun kurma itu. Jadi kita, yang ada rumah dengan cukup tiang, ada tangga lagi, makan cukup, kambing lembu ayam ada, motosikal semua ada, tapi masih lagi terhegeh-hegeh nak makan rasuah atau minta duit cara tidak betul .Pak cik yang memberi rezeki bukan manusia, bukan perdana menteri, bukan juga Tok guru, bukan nabi tapi YANG SATU, SANG RAZAK! Bukan ayah Najib tapi ALLAH YA RAZZAK! Yang memberi rezeki, jadi mintalah dengan Allah? Macammana? Buat apa dia suruh, ikut ulama, orang agama yang ajak kepada Islam yang benar, Allah akan bagi! Allah itu kaya, kalau setakat subsidi atau sejemput duit rasuah, Allah boleh bagilah pakcik, DITANGGUNG HALAL LAGI! Dengan syarat pak cik pun carilah dengan cara halal! Cari cara haram, dok jual babi, biawak kepada oang siam, bawa naik Bangla, jual bunga api, curi wayar telefon, ambik tanah orang, curi kain, TAK BETUL TU PAK CIK MAK CIK! HARAM! Kalau kaya pun, dunia saja. Tak berkat anak cucu makan,AKHIRAT kekayaan itu jadi kaya juga, kaya timbangan belah kiri, hah! Kalau sebelah kiri itu, ustaz di masjid kata ke mana? N.E.R.A.K.A!

Kalau kita tidak dapat lihat Nabi Muhammad, sesungguhnya sifat, peribadi perangai dia diwarisi oleh Ulama’, orang-orang alim dan berilmu agama sebab nabi kata “ULAMA’ ITU PEWARIS NABI”. Nak kata apa lagi kita pak cik? Nabi sudah kata gitu? Ada nabi kata “pemimpin yang biar bini dia tidak pakai tudung sebagai pewaris nabi?’ MENGUCAP PAK CIK! Kita sudah lama buat silap, kita langgar ajaran Allah, kita tolak pesanan Nabi,
nak jadi apa kita ini?

Sesungguhnya kebenaran itu perit untuk di telan, tapi WAJIB disampaikan!

No comments: